Peranan JAKIM Akan Di Kaji Semula

Kumpulan ulama sedang kaji peranan Jakim

PUTRAJAYA – Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang dikaji sama ada akan dikekalkan atau diteliti semula cara pelaksanaannya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, buat masa ini sekumpulan ulama yang berpengetahuan luas tentang agama sedang membincangkan peranan Jakim dalam negara sama ada akan dikekalkan atau tujuan asal penubuhannya diteliti semula.

“Buat masa ini kita belum ada fikiran mengenai Jakim, kita ada minta kumpulan ulama yang ada pengetahuan mendalam mengenai agama untuk bincang peranan Jakim dalam negara sama ada ia (Jakim) akan dikekalkan seperti sekarang atau tujuan asalnya akan dihidupkan semula,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, Islam tidak sepatutnya digambarkan sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbang rasa, kerana itu bukan ajaran Islam sebenar.

“Banyak amalan yang digariskan dalam Islam tidak diamalkan oleh kita, sebaliknya ia digambarkan dengan cara yang cukup keras dan memaksa dalam pelaksanaannya.

“Sedangkan dalam al-Quran kita diajar bahawa tiada paksaan dalam agama,” jelas beliau.

Sebelum ini, timbul ura-ura kononnya kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) akan membubarkan Jakim dan ia mendapat reaksi pelbagai daripada banyak pihak.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *