Johor tiru Selangor dalam melaksanakan insentif perkahwinan

Johor tiru Selangor dalam melaksanakan insentif perkahwinan

KERAJAAN Johor bakal mencontohi Selangor dalam melaksanakan insentif perkahwinan bagi menunaikan janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, inisiatif itu kini masih di peringkat kajian mekanisme pelaksanaan.

Katanya, antara syarat yang akan dilaksanakan ialah berusia 31 tahun ke bawah, anak kelahiran Johor atau yang menetap di negeri ini dalam tempoh yang akan ditentukan kelak.

“PH Johor komited dalam menunaikan janji manifesto termasuk insentif perkahwinan tanpa mengira kaum atau agama.

“Di Selangor orang muda yang mahu berkahwin akan diberikan RM500 dan jika pasangan mereka juga orang Selangor maka keduanya mendapat insentif itu.

“Kami akan merujuk pelaksanaan di Selangor tetapi pada masa sama akan berbincang dan membuat kajian yang sesuai untuk bangsa Johor. Selepas itu pengumuman akan dibuat dalam tempoh 100 hari,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Cai Tung, bagi skim takaful warga emas yang turut tersenarai dalam janji manifesto ianya akan diberikan kepada warga emas anak kelahiran Johor atau yang menjadi pemastautin dalam tempoh tertentu.

“Skim ini juga masih di peringkat kajian faedah dan mencari model yang sesuai untuk diguna pakai,” katanya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *