Ahli Umno bantu Papagomo bayar RM951,260.30 kepada Anwar

Bekas anggota polis itu berkata sebahagian besar jumlah itu disumbangkan ahli Umno.

KUALA LUMPUR: Blogger Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo hari ini membawa wang tunai dan cek ke mahkamah sebagai penyelesaian ganti rugi berjumlah lebih RM950,000 kerana memfitnah pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah itu, RM950,000 dalam deraf bank dan RM1,260 lagi dalam bentuk tunai berupa wang kerta RM1 dan 30 sen, dibayar kepada peguam Anwar, Latheefa Koya dan J Leela di kamar timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Husna Dzulkifli.
Papagomo berkata sebahagian besar jumlah adalah hasil sumbangan ahli Umno dan “penyokong”.
“Duit itu kebanyakannya dari ahli Umno dan penyokong diri saya,” katanya kepada wartawan.
Papagomo menambah beliau memberi lebihan 3 sen kepada Anwar sebagai “sedekah”.
Peguam Papagomo, Shahana Shamsuddin berkata susulan penyelesaian bayaran itu, peguam Anwar akan menarik balik petisyen pemiutang esok.
“Kita akan menunaikan deraf bank untuk mengesahkan semua jumlah wajar benar-benar langsai,” kata Latheefa.
Hari ini adalah hari terakhir untuk Papagomo melangsaikan bayaran ganti rugi hasil saman fitnah Anwar terhadapnya.
Papagomo yang pernah bertugas sebagai anggota polis berhenti susulan kes rasuah.
Anwar menang kes samannya terhadap Papagomo pada 28 Februari, 2014 dan dikurniakan ganti rugi RM800,000 serta RM50,000 kos.
Ketua Umum Pakatan Harapan itu memfailkan saman RM100 juta kerana mendakwa Papagomo menyiarkan siri muat naik fitnah di laman blognya pada Mac 2013.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *