Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

Amin: Salam..anak lelaki saya berusia setahun 7 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Adakah telah terlambat utk saya mengambil semula vaksin2 tersebut? atau boleh Dr senaraikan vaksin yang sepatutnya di ambil dan boleh diambil di usia 1thn 7bln. ( Amin )

A: Hello En Amin. Kes kelewatan memberi imunisasi atau belum dberi imunisasi lazim dijumpai oleh doktor / jururawat yang memberi rawatan kepada kanak-kanak.

Imunisasi adalah penting untuk kanak-kanak, terutamanya bayi untuk melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya. Ada sebahagian kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi / vaksin di atas sebab-sebab seperti mempunyai salah faham atau kebimbangan tentang kesan sampingan serta komplikasi; kurang pengetahuan tentang jadual imunisasi; ataupun disebabkan kesibukan kerja harian.

Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia (yang dipetik dari Kementerian Kesihatan Malaysia)Screen Shot 2013-08-28 at 1.04.32 PM

BCG: Bacille Calmette-Guerin; Hep B: Hepatitis BDTaPDiphtheria, Tetanus, acellular Pertussis; Hib: Haemophilus influenza type b; IPV: Inactivated Polio Vaccine; DT: Diphtheria, Tetanus; T: Tetanus; MMR: Measles, Mumps, Rubella; JE: Japanese Encephalitis; HPV: Human Papilloma Virus; B: booster

loading...

Terdapat juga vaksin yang lain yang tidak disenaraikan dalam jadual imunisasi Malaysia, seperti vaksin-vaksin untuk melindungi daripada jangkitan Pneumococcal, Rotavirus, Varicella zoster (chicken pox), Influenza. Sila bincang dengan doktor yang rawat anak anda sekiranya berminat untuk mendapatkannya.

Soalan: adakah telah terlambat utk saya mengambil semula vaksin2 tersebut?

Kebanyakan imunisasi tidak perlu diulangkan dari permulaan, walaupun tempoh antara dos imunisasi telah lama ditundakan. Kanak-kanak hanya perlu sambung imunisasi yang belum diterima. Jadual immunisasi untuk golongan kanak-kanak yang immunisasi ditundakan agak merumitkan. Oleh itu sila bincangkan imunisasi dengan doktor anak anda jika ada sebarang kemusykilan.

Soalan: bolehkah Dr senaraikan vaksin yang sepatutnya diambil dan boleh diambil di usia 1thn 7bln?

Jadual untuk ‘menyusul’ (catch up) imunisasi

Screen Shot 2013-08-28 at 1.08.18 PM

* Peraturan-peraturan imunisasi yang lain:

  1. Bayi yang berumur kurang daripada 6 minggu, imunisasi akan diberi mengikuti Jadual Imunisasi Kebangsaan
  2. Vaksin Measles hanya diberi selepas umur 9 bulan (kecuali diberi semasa 6 bulan di Sabah)
  3. Kesemua imunisasi boleh diberi serentak, tetapi pada berlainan anggota badan

Jadi balik kepada soalan anda mengenai anak anda yang berumur 1 tahun 7 bulan yang hanya menerima imunisasi BCG dan Hep B semasa kelahirannya:

Anak anda tidak perlu menerima suntikan semula untuk BCG & Hep B dos 1

Screen Shot 2013-08-28 at 1.10.01 PM

Hep B dos 3 sebenarnya boleh diberi 4 minggu selepas lawatan ke-3, tetapi untuk kesenangan anda, ia boleh diberi pada lawatan ke-4

Imunisasi adalah selamat, dan jarang berlakunya komplikasi. Kesan sampingan yang biasanya berlaku adalah kesan di tempat pemberian suntikan, iaitu bengkak dan kemerahan; serta demam yang sederhana. Kesan sampingan yang disebut boleh dirawat dengan ubat paracetamol (ubat demam / tahan sakit). Sekiranya anda masih mempunyai kebimbangan tentang imunisasi, sila bincang dengan doktor yang biasa merawati anak anda.

Harap saya telah membantu.

(answered by Dr Yap Hsiao Ling )

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *