Ikan Bilis Sajat? Fazura?

Ikan Bilis Sajat? Fazura?

ADA banyak produk yang dijual di pasaran yang guna nama artis. Dah macam jenama rasmi pun ada. Tak ada salahnya sebab perkara itu memudahkan ingatan kita untuk merujuk sesuatu produk. Menariknya, kesemua barang yang guna nama artis itu hanya membabitkan artis popular semata-mata. Dan ada keunikan yang membuka mata masyarakat untuk mengingatinya.

Contohnya tudung Wardina Safiyah yang pernah popular satu ketika dahulu. Kalau beli jenis tudung Wardina iaitu selendang besar, anda kena tahu cara pemakaiannya. Biarpun wajah tak serupa Wardina tapi penampilannya kena macam pelakon dan pengacara itu.

Begitu juga dengan selendang Siti Nurhaliza yang sarat dengan hiasan manik dan batu permata berkilauan itu. Apabila disarungkan di kepala, sekali gus si pemakai nampak bergaya macam mak datin.

Tak ketinggalan juga cara pemakaian lilit kepala yang lebih segar dan muda cetusan Yuna yang menjadi trend pada hari ini. Tudung Yuna lebih popular di kalangan orang muda. Disebabkan kejayaan Yuna di peringkat antarabangsa, ada orang sanggup belajar fesyen tudung Yuna berjam-jam lamanya di YouTube. Nak jadi Yuna belum tentu lagi tapi pinjam semangat Yuna pun tak apa.

Bukan produk tudung sahaja yang guna nama artis malah kopiah turut jadi sasaran. Disebabkan pengaruh kumpulan nasyid Hijjaz, Raihan atau Rabbani, macam-macam paten songkok dan kopiah dijual di pasaran.

Sama juga dengan kain baju. Orang dahulu mesti dah biasa beli kain Uji Rashid. Kain itu adalah hasil idea seorang pengusaha kain yang cipta corak batik di luar pengetahuan penyanyi veteran itu. Nama Uji juga diguna pakai untuk sejenis ikan bermata besar iaitu ikan tulai atau selayang. Disebabkan ikan itu bermata besar, terus melekat nama Ikan Uji Rashid.

Kesimpulannya, pada hari ini juga ada macam-macam produk yang menggunakan nama artis sebagai promosi di pasaran. Strategi sebegitu memang berjaya menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka.

Ada juga di antara produk yang tak ada nama khusus terus jadi terkenal disebabkan mempunyai dikaitkan dengan artis sendiri. Contohnya di Sarawak terkenal dengan kek lapis Ombak Rindu dan kek lapis Awan Nano. Disebabkan Hafiz orang Sarawak, pengusaha makanan ambil semangat Hafiz dan diletakkan di produknya.

Saya juga pernah tergelak bila baca senarai menu masakan yang guna nama lagu dendangan artis. Contohnya, Nasi Lemak Penawar Rindu dan Nasi Kukus Aduh Saleha. Memang tak ada kena mengena pun jenis masakan dengan penyanyinya. Semuanya sekadar penyedap nama.

Dan yang terbaru, iaitu Ikan bilis sajat dan ikan bilis fazura. Semugo ikan-ikan ini akan terkenal seperti produk produk yang lain.. hehehhe

 

Kredit – Mas Erna

Dalam pada itu, soal kredit nama artis ini juga dapat meningkatkan tahap waspada artis sedia ada supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Artis kena ingat apa yang mereka lakukan itu membawa pengaruh tersendiri.

Artis tak boleh nak menidakkan kenyataan bahawa mereka hak masyarakat. Realitinya ada di kalangan kita yang terlalu obses dan mahu menjadi seperti mereka. Sebab itu, artis kena bijak menggunakan populariti yang mereka ada ke jalan kebaikan. Simpan sajalah perangai buruk itu sebab orang sekarang sangat sensitif dan pandai merajuk bila artis buat perangai. Kalau peminat dah merajuk, siapa lagi nak sokong artis?

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *