Siapa Mahathir? Siapa M. Nasir? Kenapa dan mengapa?

Siapa Mahathir? Siapa M. Nasir? Kenapa dan mengapa?

PADA majlis puisi di Matic ini, gua antara terlibat. Hari itu pada sesi latihan, Nasir tergesa-gesa menemui gua, bersalam dan meninggalkan auditorium.

1. `Siapa Mahathir?’ adalah tindak balas spontannya setelah dia diberitahu seakan mendesak jangan tinggalkan latihan kerana PM Dr Mahathir hadir pada malam acara. Siapa lebih penting waktu itu? Pulang ke Singapura menziarahi mentua yang meninggal atau kehendak penganjur yang mendesak dan perguna nama Dr Mahathir?

2. Sejak hari itu, gua antara yang sering bertemu Nasir di rumahnya. Dia sangat muram dan tertekan dek tindakan wartawan yang memainkan isu `Siapa Mahathir’ malah ada wartawan yang secara langsung dan sengaja meminta kerajaan membatalkan kewarganegaraan Nasir yang baru diterimanya dan Nasir dihalau balik Singapura.

3. `Nasir celupar!’ dengus seorang wartawan yang mana gua jadi perantaraan untuk dia mewawancara Nasir. Nasir ini seorang yang susah bercakap. Cakapnya sepatah-sepatah. Ditanya berjela, jawabnya juga sepatah-sepatah dan terus terang. Mereka yang tidak biasa dengan Nasir, selalunya menganggap cakapnya yang sepatah-sepatah dan langsung itu sebagai celupar. (Tetapi hari ini Nasir sudah rajin bercakap)

4. Gua ada tulis pasal Nasir dan `Siapa Mahathir’ ini sejak lama dulu. Sebaik membaca berita dalam The Malaysian Insight ini, gua cari semula apa yang gua tulis tetapi, ahhh di mana gua simpan?

5. Gua sudah kenal Nasir tahun 1979 sebelum lain orang di KL mula kenal dia. Gua sudah kenal dia yang bangun pagi dengan muka serabai. Gua kenal dia sebelum dia femes! (Nasir bapanya imam masjid besar Singapura). -Pyanhabib – Osman Tikus

———————————————————————

KOMPOSER dan penyanyi terkemuka M.Nasir enggan mengulas kontroversi “Siapa Mahathir” yang menyebabkan beliau digam daripada radio dan televisyen di zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.

loading...

“Saya tak suka bincang isu ini. Tak mendatangkan hasil,” kata M.Nasir kepada pemberita di Matic di Kuala Lumpur hari ini selepas program “Magnum Opus 40 Tahun M Nasir Kembara ke Solo” apabila ditanya mengenai isu tersebut.

M.Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad pada Mei 1996 diminta membuat latihan mendeklamasi puisi kerana tetamu kehormat pada Malam Puisi Utusan itu ialah Dr Mahathir, M.Nasir bertanya “…siapa Dr Mahathir?”

Ini menyebabkan timbalan menteri penerangan pada ketika itu Suleiman Mohamed mengeluarkan arahan melarang sebarang karya M.Nasir dikeudarakan kerana dianggap melampau dan kurang ajar terhadap Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada waktu tersebut.

Ekoran larangan itu, konsert yang sepatutnya berjalan di Kedah dan Selangor pada tahun berkenaan turut diharamkan penganjurannya.

M.Nasir yang bernaung di bawah syarikat rakaman BMG pada ketika itu kemudiannya menulis surat kepada Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Sejak kebelakangan ini, muncul beberapa artis mula mengkritik dasar kerajaan Perdana Menteri Najib Razak.

Contohnya seperti Ratu Jazz Sheila Majid yang menulis di Twitter mendakwa ekonomi negara kini tersasar dari landasan dan rakyat kini terhimpit dengan beban hutang.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan kerja kurang. Rakyat Malaysia menjadi letih dan marah kerana diperas atas hutang yang kita tak buat.

“Hentikan buat alasan dan cari kesalahan. Fokus kepada kembalikan negara kita ke landasan sebenar! Mengecewakan,” kata Sheila yang mempunyai 214,000 pengikut di Twitter.

Kenyataan Shiela itu dikecam pemimpin kerajaan tetapi mendapat pujian Dr Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Satu per satu ikon Malaysia bersuara demi masa depan negara. Dari Fathiah Latiff, Aznil Nawawi dan sekarang Sheila Majid. Anak muda khususnya kena berani ke hadapan. Masa depan terletak di tangan anda. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terima kasih Sheila Majid,” kata Dr Mahathir. – xxx

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *