‘Umno ditubuhkan kerana ALLAH, bukan untuk projek BR1M’

-Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa-

KUALA LUMPUR – Perjuangan parti keramat Umno ditubuhkan kerana ALLAH, dan bukan bermatlamat peribadi dan duniawi.

Justeru itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli Umno supaya memperbetulkan niat masing-masing sepanjang berada dalam saf perjuangan parti.

“Insaflah, Umno bukan ditubuhkan hanya sekadar penuhi kehendak pada sesiapa….jauh sama sekali penuhi aspirasi individu.

“Berbahagialah kita dalam saf Umno kerana parti ini ditubuh kerana berjuang kerana ALLAH.

“Kita sematkan inilah penawar paling baik, kita ingatkan parti ini bukan parti projek, nak jadi wakil rakyat, bukan parti naik pangkat dan parti ini bukan parti nak BRIM, ini parti perjuangan kerana ALLAH,” katanya dalam Konvensyen Penerangan dan Media , Istiqamah dalam perjuangan di Dewan Tun Dr Ismail PWTC hari ini.

Justeru, Annuar menggesa ahli Umno memperbaharui komitmen ini dan membawa roh perjuangan ini dalam parti.

“Inilah slogan terbaik kita, Umno ditubuhkan kerana ALLAH,” laungannya.

Dalam pada itu tegasnya, Umno bukan parti ‘biasa-biasa’.

“Kita bukan parti picisan, dan bukan lahir daripada pecahan parti lain.Umno lahir dan terkandung dalam rahim negara bangsa.

“Umno adalah sebuah parti lahir kerana agama bukan kerana individu, bukan kerana kecewa beri tempat kepada orang perseorangan, Umno lahir sejak negara dijajah sekian lama,” katanya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *