Tabung Harapan: Rakyat dah derma lebih RM7 juta.

TABUNG Harapan Malaysia sudah mengumpul RM7.07 juta sejak ia mula dilancarkan semalam sehingga 3 petang hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pihaknya akan terus mengumumkan jumlah kutipan tabung berkenaan pada setiap hari.

Katanya, sumbangan kepada tabung berkenaan juga boleh diberi pengecualian cukai dan penderma diminta untuk menyimpan resit bagi tujuan berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sumbangan anda kerana mampu melakukan kutipan sebanyak ini dalam tempoh kurang 24 jam bagi mengurangkan beban hutang negara.

“Sumbangan ini akan diberi pelepasan cukai untuk individu dan syarikat tanpa had,” katanya kepada pemberita selepas menerima kutipan orang ramai berjumlah RM13,476.57, hari ini.

Guan Eng berkata, pihaknya juga mengucapkan tahniah kepada graduan undang-undang, Nik Shazarina kerana memulakan usaha mengutip sumbangan daripada rakyat Malaysia.

“Jumlah kutipan berkenaan mungkin nampak kecil, namun semangat mereka perlu dihargai dalam usaha untuk mengurangkan beban hutang negara,” katannya.

Tindakan Pegawai Undang-Undang Sisters in Islam (SIS) itu mengembalikan ingatan berhubung usaha dilakukan rakyat mengumpul sumbangan bagi menampung misi menuntut kemerdekaan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra ke London, sebelum ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia berikutan pengumuman hutang negara mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila ramai menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang itu di media sosial.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *