Skandal KP SPRM CCTV hotel di Bali pula didedahkan

SELEPAS pendedahan gambar-gambar dan dokumen yang dikatakan menjadi bukti skandal Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (KP SPRM) bersama dengan bini orang di Bali muncul pula dua (2) rakaman CCTV.

Difahamkan ada pihak tertentu yang mempersoalkan kesahihan gambar-gambar yang disebarkan sebelum ini. Gambar-gambar itu didakwa telah diubahsuai (diedit) sedemikian rupa bagi menjatuhkan KP SPRM.

Justeru, bagi membuktikan dakwaannya benar, maka pihak yang menyebarkan gambar-gambar sebelum ini tampil pula dengan rakaman Kamera Litar Tertutup CCTV yang katanya diambil dari hotel tempat KP SPRM dan kekasih gelapnya tinggal di sebuah hotel di Bali Indonesia.

Video pertama yang disebar kali ini menunjukkan seorang lelaki bertopi mirip KP SPRM, Dzulkifli Ahmad berpimpin tangan dengan seorang wanita bertudung yang sudah berkahwin. Rakaman itu turut diulang dalam gerak perlahan.

Terdapat juga rakaman kedua-dua mereka berjalan masuk ke dalam sebuah restoran, selain rakaman suasana bilik hotel yang didiami mereka berdua.

Rujuk video berikut.

Difahamkan selepas ini akan ada lagi pendedahan video-video berkaitan skandal tersebut.

Rakaman video sebelum ini mendedahkan dokumen tempahan bilik hotel, tempahan penerbangan, dan gambar-gambar lain menunjukkan lelaki didakwa KP SPRM bersama kekasih gelapnya bermesra di Bali Indonesia.

Ketua Polis Negara (KPN), Mohd Fuzi Harun pada masa itu mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat video berkenaan di bawah seksyen 498 Kanun Keseksaan — kesalahan menggoda wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk mengadakan hubungan haram.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun, denda atau kedua-duanya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *