27 PAS memerintah… dimanakah lebuhraya dan stadium ??? – Datuk Seri Mustapa Mohamed

27 PAS memerintah… dimanakah lebuhraya dan stadium ??? – Datuk Seri Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Setelah 27 tahun di bawah pemerintahan Pas, sudah ti­ba masanya rakyat Kelantan memilih kerajaan yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rak­yat Kelantan perlu sedar dan bersatu membawa perubahan jika ingin mencapai kemakmuran serta memajukan negeri.

“Inilah masanya untuk kita membawa perubahan di Kelantan, sudah 27 tahun Pas memerintah, ramai yang tidak berpuas hati, stadium masih belum ada dan lebuh raya pun belum siap lagi.

“Kelantan adalah negeri yang hebat dan mempunyai potensi besar tetapi sayang pentadbiran kerajaan tidak terurus, sebab itu angin perubahan diperlukan dan sedarkan rakyat, masa sudah tiba untuk Barisan Nasional (BN) ambil alih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program ‘Jupo Mato Anok Kelate’ bersama penduduk asal Tanah Merah di pekarangan Istana Budaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Pengundi Luar UMNO Kelantan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), Datuk Mohd. Faizal Daud.

Program yang diadakan seren­tak di 14 buah lokasi terpilih di seluruh Lembah Klang pada 2 dan 3 Disember ini adalah bagi meraikan dan menyatupadukan anak-anak Kelantan yang tinggal jauh di perantauan.

Dalam pada itu, Mustapa me­nganggap sokongan pengundi luar seperti anak-anak Kelantan yang berada di Kuala Lumpur mampu mewujudkan satu gelombang perubahan yang bermakna untuk negeri Kelantan.

“Anak-anak Kelantan yang me­rupakan pengundi luar di Kuala Lumpur mempunyai peranan besar untuk memastikan perubahan yang diingini berlaku.

“Ini baru permulaan dan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur mampu mewujudkan gelombang yang besar sehingga BN kembali bertapak di Kelantan pada PRU-14,” katanya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *