“Saya nak tanya polis, kenapa orang Umno buat, tak diambil tindakan?

“Saya nak tanya polis, kenapa orang Umno buat, tak diambil tindakan?

GEORGETOWN – Kartunis Zunar mempersoalkan pihak berkuasa di negara ini yang dilihat berat sebelah kerana tidak mengambil tindakan terhadap kartunis yang mempamerkan karikatur pemimpin Pakatan Harapan (Harapan) di Perhimpunan Agung Umno 2017.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata, perkara itu menunjukkan hipokrasi dan ‘double standard’ diamalkan di negara ini berikutan  beliau sebelum ini pernah ditahan dan disoal siasat kerana lukisan kartunnya.

“Sebagai kartunis dalam kebebasan berkarya, saya tiada masalah mengenai perkara itu, tetapi apabila saya adakan pameran lukisan kartun di tingkat 3 Komtar pada November 2016, saya diserang ahli-ahli Umno.

“Jadi inilah dikatakan hipokrasi. Saya buat dengan kandungan lukisan yang tidak dipersetujui, mereka terus serang dan saya turut ditahan. Jika mereka, tiada apa-apa tindakan diambil walaupun buat perkara sama,” katanya kepada media, semalam.

Kartunis berusia 55 tahun itu berkata, kartunis perlu mempunyai etika agar tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama. “Walaupun orang kata kartun saya ‘keras’, saya tetap ada etika itu. Kebebasan berkarya bukan lesen untuk menyentuh isu perkauman.

“Saya nak tanya polis, kenapa orang Umno buat, tak diambil tindakan?. “Adakah ini menunjukkan di negara ini ada dua set undang-undang iaitu satu untuk orang Umno dan satu lagi untuk orang biasa?” soalnya.

“Jika nak buat karikatur tak apa, tapi ini guna gambar saya. Mereka nampaknya bankrap modal politik dan guna isu perkauman dan agama sehingga menyebabkan ketegangan dalam kalangan rakyat.  “Nampaknya kartunis ini boleh berkarya secara bebas tanpa dikawal dan diambil tindakan. Mereka buat serangan liar dan melampau ke atas saya. Saya lihat serangan ini dengan semangat demokrasi. Jika nak kritik, biar guna fakta,” katanya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *