“Saya maafkan Mahathir dan Najib” -Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim ikhlas menyatakan beliau sudah memaafkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata, Mahathir kini di barisan yang sama memperjuangkan agenda reformasi.

Namun, beliau mengakui situasi itu bagaikan dejavu buat dirinya.

“Kisah saya dan Mahathir sudah lama berlalu, namun masih ramai orang yang mempersoalkan kenapa kamu bekerjasama dengan lelaki itu? Soalan sinikal lain, adakah kamu pasti? Adakah kamu ikhlas? Adakah kamu bercakap benar?

“Saya beritahu mereka, tengok saya. Saya sudah maafkan Mahathir,” katanya ketika sidang media di kediamannya petang ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan, keutamaannya sekarang ialah memperjuangkan nasib rakyat.

“Keutamaan saya sekarang ialah memperjuangkan rakyat, saya dah maafkan Mahathir dan beliau juga telah membuktikan pengorbanannya.

“Ia memang bagaikan dejavu tapi Mahathir dah menyokong agenda reformasi, beliau juga telah perjuangkan pembebasan saya,” ujar Anwar.

Selain itu, Anwar turut mengakui telah memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika melibatkan hal peribadi saya telah maafkan Najib, tetapi beliau perlu jawab sebarang isu mengenai pertuduhan rasuah dan jenayah  terhadapnya,” katanya.

Hari ini, Anwar dibebaskan selepas tiga tahun berada dalam tahanan penjara  selepas Lembaga Pengampunan Diraja bersetuju untuk melepaskannya daripada hukuman pemenjaraan.

Lembaga Pengampunan Diraja yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad IV.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *