Ringgit lemah punca tambang bas sekolah naik RM10 hingga RM20 bulan depan

Ringgit lemah punca tambang bas sekolah naik RM10 hingga RM20 bulan depan

MENJELANG semester baru persekolahan bulan hadapan, ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak-anak mereka, terpaksa berdepan kenaikan tambang pengangkutan itu.

Sebanyak 18,000 pengusaha-pengusaha bas sekolah dilaporkan tidak suka dengan kenaikan itu namun mereka tidak ada pilihan kerana terpaksa menanggung kos operasi yang semakin meningkat.

Presiden Persatuan Pertubuhan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumbalas dari ahli-ahli persatuan itu di seluruh negara, tambang bas terpaksa dinaikkan.

“Kenaikan mungkin sekitar RM10 hingga RM20, ia bergantung kepada persetujuan antara pengusaha dan ibu bapa,” katanya seperti yang dipetik oleh thesundaily.my

“Ahli-ahli cuba mengelakkan kenaikan tambang, namun mereka dapati sukar untuk beroperasi dengan peningkatan kos.

“Peningkatan antara 50 peratus hingga 80 peratus harga alat ganti merupakan masalah utama, peniaga mendakwa kelemahan ringgit punca kenaikan tersebut,”

loading...

“Kami tiada pilihan terpaksa bayar, pengusaha bas terpaksa menyediakan perkhidmatan ini,”

“Apa yang saya faham sekarang ini ialah ibu bapa di bandar membayar antara RM80 dan RM100, sementara di kawasan luar bandar sebanyak RM60,”

“Oleh kerana tiada ketetapan harga tambang sejak 1 Jan 2015, ianya telah menjadi pasaran terbuka, pengusaha-pengusaha dan ibu bapa menetapkan perjanjian harga,” katanya.

Persatuan itu juga mempunyai beberapa cadangan untuk diusulkan kepada kerajaan bagi membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Menurut Mohd Rofik, antara yang dicadangkan ialah meningkatkan subsidi diesel sebanyak RM1 sama jumlahnya yang diberikan kepada nelayan.

“Kami telah meminta subsidi itu sejak tahun 2014,” tambahnya

Setakat ini, pengusaha bas menerima subsidi pada kadar 20 sen seliter. Mereka juga mahu kerajaan meningkatkan subsidi 575 kepada 3,000 liter sebulan. — 5 Disember 2017

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *