Pengarah SRC International dapat perlindungan penuh.

Pengarah SRC International dapat perlindungan penuh.

SHAH ALAM – Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International), Datuk Suboh Mohd Yasin diberi perlindungan penuh selepas tampil membantu siasatan skandal anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), bulan lalu.

Difahamkan, ia merupakan pertemuan kedua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Suboh, selepas saksi penting itu tidak memberikan kerjasama kira-kira tiga tahun lalu.

Sebuah portal melaporkan, menurut sumber pertemuan pertama berlangsung di Indonesia tidak mendapat kerjasama kerana Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan secara langsung dalam skandal itu masih lagi menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pegawai SPRM sekali lagi bertemu Suboh dan mengambil keterangannya di Indonesia, pada bulan lalu iaitu selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

“Sekarang dia (Suboh) sedang membantu siasatan selepas Najib kalah pada PRU14.

“SPRM juga berjaya memisahkan dia daripada Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil (Pengarah SRC International yang dikehendaki SPRM),” katanya.

Pertemuan SPRM dan Suboh dikatakan turut mendapat bantuan agensi anti rasuah di negara tersebut.

Difahamkan, sehingga kini Nik Faisal Ariff belum dikesan dan beliau dipercayai sedang bersembunyi sama ada di Indonesia, London atau China.

Bagaimanapun, menurut sumber terbabit, pihak SPRM sudah mengenal pasti lokasi persembunyian Nik Faisal Ariff dan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atay dikenali sebagai Jho Low.

“SPRM sedang mendapatkan bantuan daripada polis antarabangsa (Interpol) bagi membawa mereka pulang,” kata sumber itu.

Kelmarin, SPRM mengeluarkan kenyataan meminta Jho Low dan Nik Faisal Ariff tampil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International.

 

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *