Pemimpin pemuda parti pembangkang kantoi syabu

PEMIMPIN sayap pemuda parti politik pembangkang bahagian Hulu Selangor ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu di rumahnya di Kampung Tengah, Batang Kali di Kuala Kubu Bharu, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan jam 2.15 pagi oleh sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Berita penahanan suspek yang dikaitkan dengan perbuatannya yang didakwa sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri turut tular di laman sosial sejak semalam.

Pegawai AADK Daerah Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata, pihaknya membuat serbuan di rumah lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke Pejabat AADK untuk melakukan ujian saringan air kencing.

“Hasil maklumat yang diterima, kami membuat serbuan di rumah suspek di kampung berkenaan.

“Lanjutan daripada tangkapan itu, suspek dibawa ke pejabat untuk menjalani ujian saringan awal.

“Hasil ujian dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula dari hari tangkapan dibuat hingga 27 April ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *