Najib Razak Kata Tak Tentu Masuk Syurga Kalau Solat tetapi Brsikap Menghasut

NAJIB KATA TAK TENTU MASUK SYURGA KALAU SOLAT TAPI MEMFITNAH

Datuk Seri Najib Razak berkata mereka yang rajin solat tetapi masih memfitnah dan menghancurkan perpaduan, tidak tentu akan masuk syurga. – Gambar The Malaysian Insider / Nazir Sufari, 2 Julai, 2015.

Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

“Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

“Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MaIWP) di Serdang, pagi tadi. – Baca lanjut di TMI

Nasihat berhemah yang selalu Najib anak Razak minta.

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran: 180)

Tafsirnya selain menyentuh mengenai sikap tamak bersedekah ialah mengenai sikap menyembunyikan kebenaran di dalam Taurat oleh kaum Yahudi menurut Ibnu Abbas.

Manakala Rasulullah bersabda: “Bakhil itu adalah orang yang menahan hak Allah”

Untuk zaman mutakhir ini boleh jugalah dipakai sikap bakhil ini menyembunyikan fakta dalam apa juga bidang seperti ekonomi dan politik tidak spesifik kepada zaman dan asbabun nuzul ayat.

Tun Dr Mahathir pernah semasa pemerintahannya menggesa Al Quran ditafsirkan semula menurut zaman muasir ini.

Sebagai muslim dan pemimpin yang bercita cita mahu memimpin bangsanya menuju jaya dunia dan akhirat waimah syurga maka mestilah bijak menentukan, meletak dan mengembalikan HAK ALLAH ditempat sepatutnya.

Surah Muhammad: (Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.

Apakah kamu marah hari ini bagaimana dengan kami

Ringkasnya kami hamba Allah banyak meminta kepada kamu wahai Najib supaya mengurangkan kadar cukai GST angkanya dan jangan menaikkan harga minyak dimasa sukar ini apakah kamu endahkan dan lihatlah firman yang Ana Ghoib cerminkan kepada kamu sebagai saudara sesama muslim.

Apakah kedegilan ini petanda pertunjukan kuasa pahlawan?

Akhir kalam ingatlah pesan baginda Khalifah Umar al Farouk bahawa dalam engkau memberi nasihat jangan lupakan diri sendiri. – Ana Ghoib, Pulau Besar Melaka

Baca: Hadis: Gempa bumi adalah teguran Allah, jawablah pesan Rasulullah – Najib Razak

Baca: Ridhuan Tee umpamakan PAS-UMNO wadah ke syurga?

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *