Mahathir jamin kerajaan Najib akan tumbang selepas PRU14

Mahathir jamin kerajaan Najib akan tumbang selepas PRU14

Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pemerintahan lebih 60 tahun gabungan yang pernah dipimpinnya ketika bersama Umno dulu bakal berakhir selepas pilihan raya umum akan datang.

“Sentimen akar umbi yang kuat menunjukkan kami akan menerima sokongan majoriti rakyat,” pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik berkata dalam wawancara bersama Bloomberg. Laporan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini, walaupun mandat Barisan Nasional (BN) hanya berakhir Mei tahun depan.

“Hari ini, anda bercakap dengan semua orang pun, sesiapa pun, tidak seorang pun ada kata-kata baik mengenai kerajaan, terutama Najib,” kata bekas perdana menteri selama 22 tahun itu yang bersara pada 2003.

loading...

Dr Mahathir mengakui BN mungkin dikuatkan susulan kegagalan Pakatan Harapan untuk meyakinkan PAS menyertai gabungan pembangkang itu.
Menurutnya, sesiapa yang bertanding di luar gabungan itu dianggap “penyokong Najib, penyokong BN”. “Kerana kesannya ialah undi kepada gabungan (pembangkang) akan berkurang, memecahkan undi pembangkang, yang sudah tentu membantu kemenangan Najib,” katanya.

PPBM merupakan parti ke-4 Pakatan Harapan, yang turut disertai PKR, DAP dan Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan 2 tahun lalu. Dr Mahathir bagaimanapun berkata pembangkang belum bersetuju mengenai calon perdana menteri, kerana menganggap isu itu “tidak relevan selagi kamu menang”.

PPBM dilihat masih belum bersetuju dengan pendirian PKR, DAP dan Amanah untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *