Jamal ‘lesap’ dari hospital…

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos didapati menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, petang tadi.

Beliau sebelum itu didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital sama pada 10.45 pagi tadi.

Difahamkan, kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada 5.30 petang.

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak 3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Susulan itu, operasi sekatan jalan raya dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengesan Jamal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Beliau (Jamal) didakwa atas tiga pertuduhan hari ini di hospital berkenaan dan majistret menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kes.

“Sementara proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang berjalan, Jamal sudah meninggalkan kawasan hospital terbabit.

“Beliau akan dihubungi semula untuk menyelesaikan proses dokumentasi jaminan mahkamah berkenaan,” katanya.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *