Hebat! Anda perlu tengok kehebatan Jamal Yunos buat sidang media walaupun dengan tangan bergari

DATUK Jamal Yunos, ketua Umno Bahagian Sungai Besar ditahan polis kerana membuat “aksi” pecahkan botol arak di depan bangunan SUK Selangor. Dia dan pengikutnya dilaporkan ditahan pada pukul 1:45 pagi dua hari lalu di Sekinchan, Selangor.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Pada pagi hari yang sama, dia dibawa ke mahkamah oleh pihak polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah.

Namun nampaknya dia bukan orang biasa-biasa, mana tidaknya, Jamal Yunos boleh buat sidang media dalam keadaan tangannya sedang digari di dalam kawasan mahkamah.

Video rakaman Jamal Yunos melakukan sidang media dikelilingi oleh wartawan, tersebar di media sosial membuatkan orang ramai menjadi kagum dengan kehebatan Jamal.

Walaupun tangannya bergari dan berada di bawah kawalan pihak polis, dia masih sempat membuat sidang media tidak rasmi bersama wartawan bagaikan seorang selebriti dunia hiburan.

Di bawah ini rakaman video yang tersebar itu, sila klik button play untuk menonton.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *