Eh, Najib Razak berjaya hapus 8 tol yang tamat konsesi.

Eh, Najib Razak berjaya hapus 8 tol yang tamat konsesi.

[1] Kata hapus semua tol, rupanya tol yang dah tamat tempoh konsesi yang diberi diskaun. Eh, Najib Razak berjaya hapus 8 tol yang tamat konsesi kot.

[2] Kata nak hapus GST, rupanya 0% rate. Sistem masih dikekalkan. Satu saat boleh tiba-tiba naik jika kerajaan umum perlu wang segera. Kemudian, tekan lagi rakyat dengan 10% SST yang tiada dalam manifesto. Tak usah gembira sangat ya.

[3] Kata peminjam PTPTN bergaji atas RM4000 sahaja kena bayar balik, rupanya tipu. Mazlee Malik sudah announce hari tu, tapi tarik balik.

[4] Kata nak beri caruman RM50 surirumah, 2% tarik dari caruman suami, eh rupanya tak jadi.

[5] Kata nak siasat Najib dan 1MDB, rupanya Najib Razak bebas seperti tak bersalah. Rilek saja update Facebook kritik balik kerajaan. Fitnah rasuah RM2.6 bilion itu pun tak pasti kesahihannya. Rakyat dah termakan fitnah.

[6] Kata nak turunkan harga minyak, rupanya harga flat. Sama harga ketika zaman Najib Razak.

[7] Kata nak teruskan BRIM, rupanya kuota penerima dikurangkan, lebih ramai tak dapat, malah jumlah dipotong!
_____________

Kalau macam ni lah keadaan, buat apa susah-susah tukar kerajaan? Beribu pekerja dipecat, kenaikan gaji batal, dan bonus raya dipotong.

Ibarat, “Sudah jatuh, ditimpa tangga”.

Inilah akibat rakyat tidak baca hadith Nabi Saw. Rakyat ingat yang beri kesenangan hidup itu adalah Tun dan PH.

Dari Abu Zur’ah, dari Abu Hurairah, diriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda, “Satu had (hukuman) yang ditegakkan di muka bumi adalah lebih baik untuk manusia daripada mereka dibasahi hujan selama tiga puluh atau empat puluh pagi.” (HR Ahmad)

Allah yang mengeluarkan minyak, emas, bijih timah, uranium, madu lebah dari bumi ini, Saudara. Kalau kita perjuangkan hukum al-Quran, hal itu lebih baik bagi kalian. Negara akan jadi sifar rasuah, tadbir urus jadi baik (good governance), kekayaan melimpah, Malaysia jadi baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur.

Masih tak faham lagi?

Singapura, amerika, jepun nampak je maju tapi hutang mereka ratusan bilion dollar.

Akhlak, agama, sosial, semua musnah berantakan. Mereka masih ada kerana masih mengamalkan sisa sisa ajaran agama yg diceduk dari Tamadun Islam abad pertengahan.

credit to Ahmad Aizat

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *