Artis pun tumpang sekaki kutuk gelagat Jamal Jamban

TENTU anda rasa meluat atau menyampah dengan gelagat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos atau lebih dikenali dengan gelaran “Jamal Jamban”, yang sering tampil dengan gimik-gimik bodoh untuk mempopularkan diri.

Sebenarnya anda tidak keseorangan, ramai lagi orang yang menyampah dengan gelagat beliau dan pengikut-pengikutnya. Tidak ketinggalan artis-artis pun turut sama tumpang sekaki mengutuk.

Antara yang menarik perhatian, pelakon terkenal Sharifah Amani yang dilihat melepaskan rasa geramnya kepada Jamal Jamban melalui akaun Twitter baru-baru ini.

“Tak habis-habis nak tunjuk gangster. Buat semak je weih. Continue if you must. We are watching and #WeTheRakyat will be voting,” tulisnya di dalam mengulas rakaman video Jamal sedang memecahkan botol-botol arak depan SUK Selangor tempoh hari.

Pelawak terkenal yang memenangi anugerah manusia paling lucu di muka bumi, Harith Iskander turut tidak ketinggalan memerli gelagat Jamal Jamban itu.

“On the flip side, beer company just sold, an additional 20 crates,” (dari sudut lain, syarikat arak baru saja jual (arak) tambahan lagi 20 kotak) tulisnya di platform media sosial yang sama.

Apa yang dimaksudkan oleh Harith, walaupun Jamal konon membantah pesta arak, tapi dia beli berbotol-botol arak untuk dipecahkan sekaligus memberi untung kepada syarikat itu.

Justeru dalam kiriman beliau selanjutnya di Twitter, Sharifah Amani menyeru rakyat untuk mendaftar dan mengambil bahagian di dalam pilihanraya untuk mengubah segala perkara “mengarut” yang berlaku dalam negara setiap hari.

*** Kita tunggu lepas ni adakah macai-macai Jamal Jamban akan bertindak menyerang artis-artis ini? ***

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *