Anwar perlu hati-hati bila berkata-kata.

Anwar perlu hati-hati bila berkata-kata.

Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui gusar dan risau sama ada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempermainkannya sekali lagi.

Dalam sesi Terus Terang bersama Invoke Malaysia, hari ini beliau berkata, perkara itu mungkin ‘cakap-cakap kosong’ kerana keadaan sudah berubah.

“Kadang-kadang timbul perasaan adakah Mahathir nak ‘main’ aku sekali lagi ada juga saya dengar, tapi saya kata keadaan dah berubah.

“Mahathir cuma mahu tinggalkan legasi yang baik bukannya imej negatif. Saya fikir, asalkan saya dan beliau ada hubungan peribadi yang baik, tidak layan hal-hal negatif negara akan maju,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan ada hikmah beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika peralihan kuasa sedang berjalan.

Menurutnya, sekiranya Tun Dr Mahathir berjaya dalam program peralihan kuasa ia akan menguntungkan beliau juga kerana tugas melakukan peralihan kerajaan sangat berat untuk dipikul.

“Kalau Tun Mahathir berhasil dalam program peralihan ini ia menguntungkan saya juga kerana adalah menjadi kepentingan saya untuk melihat kerajaan ini dikendalikan dengan baik, ia membawa perubahan penting kepada saya.

“Saya ada sebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga kawan-kawan rapat, bahawa ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana perdana menteri dalam era ini tugasnya sangat mencabar sebab terpaksa bertempur atau menghadapi kekuatan lama, rasuah besar dan perlu membetulkan seluruh sistem,” katanya.

Beliau berkata, seluruh sistem negara perlu dibaiki bermula daripada pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua sistem lain perlu diubah.

“Nak tukar dan pilih orang, itu tugas Tun Dr Mahathir. Tapi kadang-kadang ada satu, dua nama yang kita tidak setuju.. tunggulah, tak mengapa bagilah laluan kepada beliau,” ujarnya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *