Anwar ambik alih kerusi Pandan?

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyangkal spekulasi beliau akan mengambil alih kerusi Parlimen Pandan disandang isterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dan PKR itu berkata, buat ketika ini, adalah tidak praktikal untuk beliau berbuat demikian memandangkan Wan Azizah yang baru memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan itu perlu berundur diri lebih awal bagi memberi laluan kepadanya.

Beliau berkata, selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi sebagai ‘backbencher’ (penyokong kerajaan).

“Bebas. Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara.

“Malah, saya pun belum ada pengalaman menjadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri dan pemimpin pembangkang, jadi sekarang saya mahu jadi ‘backbencher’” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 48 daripada 50 ahli Parlimen PKR dan 51 daripada 67 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hadir.

Ini adalah pertemuan rasmi pertama Anwar bersama semua wakil rakyat selepas pembebasan beliau dan mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Banyak spekulasi terutama di sosial media yang mendakwa Dr Wan Azizah akan mengundurkan diri sebagai ahli Parlimen Pandan bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengesahkan tidak akan bertanding sebagai ahli Parlimen sepanjang tempoh sebelum bermulanya sesi mesyuarat pertama Dewan Rakyat, 16 Julai ini.

“œSaya ada program ke London dan Turki dan selepas itu saya akan balik, mengeliling ke negeri yang belum saya kunjungi.

“Selepas selesai program di negara Arab dan Amerika Syarikat (AS), selepas itu kita akan bincang semula yang akan mengambil masa lebih dua bulan, keputusan untuk bertanding di kerusi mana,” katanya.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *