Anwar akan bertanding Di Dun Seri Setia dan Bakal Jadi Menteri Besar Selangor?

Anwar akan bertanding Di Dun Seri Setia dan Bakal Jadi Menteri Besar Selangor?

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR mungkin meletakkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu kebiasaannya akan diberi peluang bertanding dalam PRK berkenaan.

“Kita (Pakatan Harapan) setakat ini belum lagi berbincang mengenainya (calon).

“Kebiasaannya, parti yang menang kerusi itu (PKR) akan dapat peluang untuk bertanding semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Ceramah Grand Finale PRK DUN Sungai Kandis di Taman Sri Andalas di Klang, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.

Dalam pada itu, ketika ditanya ketiadaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program berkenaan, Wan Azizah berkata, suaminya itu tidak sihat.

Beliau turut meminta semua pengundi DUN Sungai Kandis keluar mengundi PKR bagi memastikan kemenangan besar parti itu, hari ini.

Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila wakil rakyatnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia lewat petang kelmarin selepas menderita barah usus.

DUN Seri Setia adalah PRK ketiga di Selangor selepas Sungai Kandis dan Balakong yang akan diadakan masing-masing esok dan 8 September nanti.

Terdahulu

KETUA Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual media selepas menghadap Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana BUkit Kayangan. – Foto Mohd Asri Saifuddin

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun tarikh Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dijadualkan, 19 Jun ini.

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu mempunyai ramai calon berkelayakan untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Kami hampir selesai (membuat pilihan calon). Kami akan membuat perbincangan lanjut dan memuktamadkan pilihan kami.

“Ada ramai calon berpotensi dan berkelayakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.

Ditanya jika calon Menteri Besar Selangor yang baharu akan dipilih dalam kalangan wakil rakyat PKR, Anwar berkata jawatan itu terbuka kepada semua parti komponen PH tetapi parti yang memegang kerusi terbanyak berhak menentukan calon.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon berpotensi itu.

Sebelum ini, media melaporkan tiga nama dari PKR disebut-sebut sebagai bakal mengisi kerusi berkenaan.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari; ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin dan ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman.

Terdahulu, Anwar tiba di Istana Bukit Kayangan di sini, kira-kira jam 10 pagi dan meninggalkannya jam 11.40 pagi.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Anwar berkata, pertemuan dengan Sultan Selangor berjalan dengan baik dan baginda berkenan membincangkan beberapa isu termasuk kebajikan rakyat, kedudukan Islam dan kepentingan bahasa kebangsaan.

“Ia berjalan lancar. Saya menghadap Sultan Selangor. Baginda menyatakan kebimbangannya dengan perkembangan di Selangor dan baginda diberi jaminan bahawa peralihan kuasa (Menteri Besar) akan dilaksanakan dengan lancar.

“Baginda turut bertanyakan kesejahteraan saya dan gembira dengan pembebasan saya. Baginda menyatakan kebimbangannya terhadap beberapa isu. Kami akan terus menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia, tetapi juga mempertahankan kepentingan bahasa kebangsaan dan kedudukan Islam yang juga di bawah kuasa Raja.

“Kami juga membincangkan masa depan Selangor, pembangunan dan perubahan yang boleh dibuat, selain usaha untuk menjamin keamanan dan keharmonian. Saya fikir itu yang penting,” katanya.

Anwar yang sebelum ini dihukum penjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan liwat pada 2015, dibebaskan selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberikan pengampunan penuh pada 16 Mei lalu.

Sejak dibebaskan, Anwar sudah menghadap Sultan Muhammad V sebelum Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 22 Mei lalu dengan ditemani anak sulungnya, Nurul Izzah

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *