Ahli DAP pertahankan Zaid walaupun…. “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.” – Zaid.

Ahli DAP pertahankan Zaid walaupun…. “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.” – Zaid.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli DAP yang diketuai Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Jamal Yunos yang mengugut akan memecahkan kepala Datuk Zaid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu berkata, beliau bersama Lim dan ahli lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menunjukkan solidariti terhadap Zaid yang juga ahli DAP.

“Saya secara peribadi fikir beliau menggunakan haknya untuk bersuara sebagai rakyat Malaysia, dan saya tidak berhasrat mengutuk sesiapa pun,” katanya sambil menambah Zaid mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid dikritik kerana “menegur” Sultan Selangor yang dilaporkan berkata, agenda politik Dr Mahathir didorong “kebencian mendalam” dan “kemarahannya akan membakar seluruh negara”.

Zaid dalam catatan Twitternya berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.” Tweet itu mencetuskan kemarahan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno yang mendesak tindakan diambil terhadap Zaid kerana mengkritik sultan.

Zaid dikritik kerana “menegur” Sultan Selangor yang dilaporkan berkata, agenda politik Dr Mahathir didorong “kebencian mendalam” dan “kemarahannya akan membakar seluruh negara”.

Zaid dalam catatan Twitternya berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Tweet itu mencetuskan kemarahan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno yang mendesak tindakan diambil terhadap Zaid kerana mengkritik sultan.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *