Kerna Rm55 dari Tun M, anak muda ini membalas jasa Tun M dengan membida “bush jacket” Tun M yang bernilai RM 6900.

Kerna Rm55 dari Tun M, anak muda ini membalas jasa Tun M dengan membida “bush jacket” Tun M yang bernilai RM 6900.

Di waktu usia saya sekitar 12 atau 13 tahun pada 80an. Saya bekerja sebagai caddy boy mencari belanja sendiri dan membantu keluarga yg di mana arwah ayah saya seorang pengawal keselamatan sahaja dan menangung keluarga. Adik beradik saya seramai 6 orang yang semua masih bersekolah. Ketika waktu cuti atau pun hari hari tertentu saya membantu keluarga dgn berbagai kerja buruh kasar dan juga sebagai seorang caddy boy.

Waktu musim berkabus di Awana Genting dalam beberapa hari itu saya tidak mendapat rezeki jadi saya telah kehabisan duit saku saya. Saya duduk di ruang luar kantin. Ketika itulah Saya ternampak sepasang suami isteri baru selesai berjoging dan berjalan kaki dikawasan letak kereta.

Lalu saya menyapa, Pakcik ada duit tak?Beliau bertanya kepada saya kembali nak buat apa duit? Saya kata nak makan nasi lauk telur itik masak lemak sedap. Masa tu saya budak lagi mmg tak kenal dan tak tahu pun siapa PM dan apa itu PM?

Dan arwah ayah juga selalu berkata, kalau nak duit, pergi minta kat perdana menteri .. Ketika itu, saya selalu bertanya tentang duit. Rupaya masin mulut arwah ayah tu .. Yang saya pergi minta duit dengan pakcik dan isterinya itulah perdana menteri malaysia.

Itu pun diberi tahu oleh kakitangan kantin ..katanya . “Yang bagi duit tu tadi tau tak siapa?” Saya menjawab tah tak kenal pun. Kakitangan kantin memberitahu itulah perdana menteri.

Tu lah dia perdana menteri pada zaman tu iaitu Tun Dr Mahathir. Tun M memgeluarkan Rm 55 dari saku seluarnya track suit berwarna biru. Tun Siti Hasmah hanya senyum. Tun M mengosok gosok kepala di atas kepala saya, katanya nasihat belajar rajin rajin nanti boleh bantu keluarga. Baik baik berkawan itulah pesananya….

Bermula la detik itu saya tak pernah lupa pun kenangan yg amat manis dalam memori hidup saya. Hari ni saya rasa gembira dan terharu sekali dapat memeluk Tun M di  pentas yg sgt bermakna itu … satu kenangan yg abadi tak dpt saya lupakan …… saya sayang Tun M. Aura suara pemimpin hebat dapat saya rasakan sehingga ke hari ini..
Tun M mentor saya. Sama perjuangannya yang belum selesai. Seperti Perjuangan saya juga belum selesai – ahli fikir…. Rizq Rohaizat Musa.

kredit – Mohd Hanizam Yunus & Rizq Rohaizat Musa.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *