Tahniah Malaysia. Perarakan Jesus dibenarkan sekarang?

PERARAKAN Jesus sudah dibenarkan sekarang.. Bila DAP sudah dapat Kuasa mutlak!
Bangganya kita meraikan kebebasan beragama dan mencemarkan Perlembagaan Persekutuan.

Video

Baru sebulan dah macam-macam. 4 tahun 11 bulan lagi..taktaulah apa akan jadi..

Perarakan Jesus ini pertamakali berlaku dlm sejarah negara dan berlaku di depan Sunway Velocity Cheras slps waktu berbuka puasa tadi…..cacing dah masuk mata.

Tahniah..!Malaysia Malaysian..samarata..

Terima kasih AG Thommy Thomas..!

– IKATAN GIRGAHAYU MD – 1DMD

*IFTAR KAUM PLURALIS*

MD. ASHAM AHMAD
Felow Kanan
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Sebuah gereja di Petaling Jaya, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini yang memetik sumber Bernama, telah menganjurkan apa yang dinamakan majlis “berbuka puasa antara agama” di samping acara memasak dan mengedarkan bubur lambuk untuk masyarakat sekitar dan forum antara agama. Menurut Chandra Muzaffar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia yang merupakan penganjur program itu, tujuan majlis itu adalah “untuk membina jambatan antara rakyat Malaysia daripada latarbelakang berbeza untuk mempelajari tentang nilai positif yang wujud dalam pelbagai agama.” Tambah beliau lagi “Kami mahu menunjukkan bahawa berpuasa tidak hanya diamalkan umat Islam, malah ia bersifat inklusif di mana penganut agama lain juga boleh bekerjasama untuk menyediakan makanan serta menikmatinya bersama-sama selepas itu.”

Program yang seumpama ini mungkin baru di negara kita, tetapi telah lama dibuat di negara jiran kita Indonesia. Dengan “keterbukaan” kerajaan baru, kita juga boleh menjangkakan lebih banyak lagi program sebegini pada masa hadapan. Melalui program sebegini mesej utama yang cuba diberikan kepada umat Islam adalah supaya mereka lebih bersikap “terbuka”, ataupun “inklusif” menurut istilah yang digunakan oleh kaum pluralis yang menganjurkan fahaman bahawa semua agama adalah sama sah dan sama benar. Menurut ajaran ini, perbezaan yang wujud antara agama adalah semata-mata pada bentuk luarannya sahaja, sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan jalan-jalan yang berlainan bagi menuju matlamat yang satu.

Mesej itulah yang cuba disamarkan dengan kenyataan di atas bahawa puasa tidak hanya diamalkan oleh umat Islam, tetapi bersifat inklusif. Kebetulannya mesej inilah juga yang disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidato sulungnya sebaik diampunkan dan dibebaskan dari penjara tempoh hari. Beliau memetik sepotong ayat al-Quran yang menjadi asas kewajiban berpuasa dalam Islam iaitu ayat 183 dari Surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang beriman, difardukan keatasmu puasa sebagaimana difardukan ke atas orang-orang yang datang sebelummu agar kamu bertaqwa.” Anwar telah mentafsirkannya sebagai menunjukkan bahawa bukan umat Islam sahaja yang berpuasa tetapi penganut agama lain juga lebih dahulu lagi berpuasa. Ia tafsiran yang salah.

Kalau kita lihat baik-baik, pertama, ayat ini ditujukan kepada “orang-orang beriman”, dan yang dimaksudkan dengan orang-orang sebelum mereka juga adalah “orang-orang yang beriman”, iaitu mereka yang beriman kepada para Rasul yang diutuskan kepada mereka, bukan yang engkar atau yang telah menyeleweng dari ajaran Rasul itu. Kedua, puasa telah difardukan ke atas umat terdahulu, dan jika benar agama Kristian hari ini adalah kesinambungan dari itu maka kefarduan itu pastilah masih ada sedangkan umum mengetahui bahawa tiada kefardhuan puasa dalam agama Kristian sekarang. Ketiga, kefarduan itu dinyatakan di dalam kitab yang ditanzilkan kepada umat terdahulu, kalau sekiranya ia tidak lagi ditemui sekarang maka sahlah bahawa ia telah dibuang.

Persoalannya, pertama, adakah mereka telah dengan sengaja mengengkari kefarduan itu? Jika demikian maka mereka bukanlah dari golongan beriman seperti yang disebut dalam ayat di atas. Ataupun, kedua, mereka tidakpun mengetahui tentangnya sehinggalah datang Islam menjelaskannya? Jika demikian maka mereka telah menjadi jahil tentangnya. Sama ada mereka sengaja mengengkari puasa ataupun telah lupa tentangnya kerana penyelewengan yang besar telah telah mereka lakukan terhadap agama, dan kitab agama mereka yang sepatutnya mengandungi kefarduan itu. Itulah yang sepatutnya mereka akui dan pelajari dari umat Islam. Namun mereka enggan mengakui hakikat itu, sebaliknya cuba pula mengelirukan segelintir umat Islam yang jahil tentang hakikat agamanya supaya bersifat inklusif, kononnya ibadat puasa itu bukan khusus untuk umat Islam. Hakikatnya puasa yang merupakan rukun Islam dan antara syiarnya yang paling utama telah menjadi hujah ke atas mereka yang telah menyelewengkan ajaran Para Rasul yang terkandung dalam kitab-kitab yang ditanzilkan sebelum ini.

Sebenarnya sikap mereka sebenarnya tidak pernah berubah dari dahulu sehingga sekarang. Al-Quran telah memberi peringatan kepada Bani Israil supaya beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan tidak menjadi golongan yang pertama mengengkarinya. Mereka diingatkan supaya tidak cuba samarkan kebenaran dengan kebatilan denan tujuan menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka tahu. Itulah yang mereka cuba lakukan dengan menyeru umat Islam kononnya supaya bersikap inklusif, bukan sahaja dalam soal kefarduan puasa, bahkan matlamat akhirnya adalah dalam soal kebenaran Islam itu sendiri, ia mesti merangkumi semua agama.

Tulisan ini tidak sama sekali bermaksud menafikan usaha memupuk perpaduan di negara ini. Ia boleh dilaku dengan berbagai cara, tetapi bukanlah dengan cara berselindung di sebalik sesuap makanan dan sebungkus bubur lambuk bagi memperdayakan segolongan umat Islam yang jahil dan keliru tentang hakikat sebenar puasa dan kefarduannya.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *