Isu ‘Ulat’ parkir Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Rupanya dah bertahun.

Isu ‘Ulat’ parkir Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Rupanya dah bertahun.

Rupanya isu ulat di wakaf che yeh dah bertahun lamanya. Tapi tiada tindakan yang diambil oleh Pihak berwajib. Dimana kesilapan kita sebagai Rakyat yang memilih kerajaan yang sedia ada?

Antara luahan rakyat kelantan:

Perkara ini pernah diutarakan oleh Aktivis Keadilan Kelantan namun tiada tindakan susulan.

Gengster/Ulat Parking Wakaf Che Yeh
Intipati perbincangan Parlimen Kedai Kopi (3)

1. Pihak berkuasa (Kerajaan Pusat/Kerajaan negeri/PBT-MPKB/YB/Polis/SPRM) gagal mengatasi masalah ini dan ianya sudah berlarutan bertahun tahun lamanya.

2. Masyarakat awam mempercayai kegiatan ini dilindungi oleh pihak berkuasa dan orang dalam yang ada kaitan dengan YB/MPKB/Polis.

3. Difahamkan Balai Polis Kota Bharu tidak pernah menerima sebarang laporan polis berkaitan kegiatan gengster/ulat parking di Wakaf Che Yeh.

4. Lokasi yang dipersoalkan adalah petak letak kereta MPKB disekitar Wakaf Che Yeh telah dijadikan sumber kutipan wang secara salah oleh gengster/ulat parking ini mulai awal malam hingga awal pagi.

5. Dianggarkan ribuan ringgit berjaya dikutip setiap malam oleh kumpulan gengster/ulat parking ini.

6.Rakyat/pengunjung/pelancong terpaksa membayar ‘wang keselamatan’ bagi meletak kenderaan, padahal keselamatan rakyat perlu dilindungi dan dijamin oleh pihak kerajaan.

7. Cadangan penyelesaian utama adalah kerajaan sedia ada BN perlu ditukar kerana ianya sudah tidak boleh diperbaiki/integritinya sudah teruk.

8. Rakyat diseru memilih Pakatan Harapan sebagai pemerintah dalam PRU14 nanti.

9. Satu laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat bagi memastikan masalah gengster/ulat parking ini dapat diatasi.

10. Jawatankuasa Bertindak dibentuk bagi memberi fokus menyelesaikan dan memantau isu ini dengan lebih berkesan.

Info di atas telah disampaikan kepada:
(1) Ketua Balai Polis Kota Bharu,
11.19am 25 Mei 2017,
melalui mesej Whatsapp.

(2) Pengarah SPRM Kelantan ,
10.57am 25 Mei 2017,
Melalui mesej Whatsapp.

(3) Grup Whatsapp Media Cetak dan Portal Online

Laporan dikemaskini 11.41 am 25 Mei 2017.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *