Guru menjaminkan pekerjaan kepada pelajar, syaratnya sanggup melakukan hubungan seks.

Guru menjaminkan pekerjaan kepada pelajar, syaratnya sanggup melakukan hubungan seks.

KEMENTERIAN Pendidikan tidak lepas tangan dalam kes seorang guru lelaki yang mendakwa boleh menjamin pekerjaan kepada pelajar sekiranya sanggup melakukan hubungan seks dengannya.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, aduan dilakukan lebih sebulan lalu masih dalam siasatan polis.

Beliau berkata, tindakan hanya akan diambil selepas siasatan selesai.

Kami bukan tidak mahu bertindak dalam kes ini, namun perlu menunggu laporan kerana Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri serta polis masih menjalankan siasatan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pra Sekolah dan Perasmian Bangunan Baru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulai Besar, Kulai, hari ini.

Kamalanathan berkata, pihaknya tidak teragak-agak memecat guru berkenaan yang bertugas di ibu kota sekiranya didapati bersalah.

loading...

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu seorang guru di sebuah sekolah Tamil di ibu kota yang dilaporkan menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat mengadakan hubungan seks dengannya.

Pada 1 November lalu, akhbar ini melaporkan penyebaran klip audio perbualan lelaki berusia 56 tahun itu dengan seorang wanita berdurasi 8 minit 49 saat yang didedahkan sebuah portal berita.

Lelaki yang juga guru sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di ibu kota mendakwa sering mendapatkan pekerjaan kepada lepasan pelajar menengah yang sanggup melakukan hubungan seks dengannya.

Selain itu, lelaki berkenaan memberitahu sudah meniduri empat pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.

Lelaki berkenaan dengan bangga berkata, dia sering membantu bekas pelajar mendapat pekerjaan kerana mempunyai ramai kenalan.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *