Zulkifli Nordin Seorang Mahasiswa Luar Biasa.

Zulkifli Nordin salah seorang bekas murid di SMKBC yang mempunyai kelainan upaya sudah berjaya menamatkan pengajian Diplomanya. Semoga kejayaan Zul menjadi inspirasi kepada murid-murid di SMKBC.
Tahniah Zul, kami bangga denganmu.

“MAHASISWA GUA MUSANG LUAR BIASA”

TAHNIAH Adik Dzul Nordin dari Felda Aring 1 Membuktikan kekurangan yang dihadapai bukan perhalang untuk berjaya.

TERPAKSA menulis dengan kaki kerana tiada kedua-dua tangan sejak lahir, tidak melunturkan semangat Muhammad Zulkifli Nordin, 22, melanjutkan pengajian ke menara gading hingga memperoleh diploma.

Beliau antara 559 graduan menerima diploma dan ijazah sarjana muda sempena Istiadat Konvokesyen Ke-88 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak di Dewan Seri Iskandar UiTM berkenaan, hari ini.

Graduan orang kurang upaya (OKU) itu yang menerima Diploma Pengurusan Hartanah berkata, kekurangan pada dirinya sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya bersyukur dengan diploma diterima hari ini selepas mengharungi pelbagai cabaran selama ini.

“Walaupun tiada kedua-dua belah tangan, saya akan meneruskan usaha untuk menggenggam segulung ijazah pula. Pada ketika ini, saya sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sama di UiTM ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas selepas menerima diploma berkenaan yang disampaikan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Secara keseluruhan, 2,205 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing membabitkan pelbagai bidang sepanjang dua hari konvokesyen berkenaan berlangsung yang berakhir esok.

Muhammad Zulkifli yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik dan berasal dari Gua Musang, Kelantan, mengakui pada awalnya hampir menolak tawaran menyambung pengajian di UiTM kerana memikirkan kesusahan bakal dihadapi sepanjang proses pengajian.

Katanya, pihak UiTM pada ketika itu menghubunginya dan memujuk selama seminggu sebelum dia bersetuju melanjutkan pengajian.

“Alhamdulillah selepas saya tiba di sini dan melihat segala kemudahan ada di universiti ini, saya terbuka hati untuk menyambung pengajian di sini.

“Terima kasih kepada UiTM Perak yang banyak membantu ketika sesi kuliah kerana menyediakan meja khas di dalam kelas, kemudahan tandas OKU dan pelbagai lagi kemudahan mesra OKU lain di universiti ini,” katanya.

Katanya, selain kemudahan universiti serba lengkap dan mesra OKU, keluarga dan rakan serta pensyarah banyak menyokong dirinya untuk meneruskan pengajian.

“Saya memang sudah terbiasa menulis menggunakan kaki, jadi saya tiada masalah untuk mengulangkaji, sepanjang belajar pula ada rakan yang membantu mengangkat barang dan mengenakan beg pada bahu.

“Memanglah ada masanya saya berasa seperti sukar, tetapi saya pulihkan semangat dengan sokongan semua orang di sekeliling saya,” katanya.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *