Video Wanita Bengang Sering Dicabul Lelaki Gatal, Nekad ‘Cabul’ Kembali Lelaki Itu

Pada suatu hari biasa di tengah bandar Ribeirao Preto di Brazil, seorang wanita sedang sibuk bekerja mengedarkan helaian kerts iklan kepada orang ramai. Situasi tersebut bertukar menjadi aksi mengejutkan dengan cepat.

Wanita tersebut mula merasa bengang apabila beliau telah diganggu oleh seorang lelaki gatal. Apabila dia sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi. Dia kemudiannya nekad untuk menyerang lelaki tersebut dengan membuka bajunya dan menggosok dadanya pada muka lelaki itu.

Rakaman tersebut telah menjadi viral di seluruh laman media sosial. Netizen berbelah bahagi dengan pendapat yang berlainan.

Sebahagian daripada mereka menyokong cara wanita itu membalas dendam, manakala terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa perlakuannya itu kurang sesuai kerana terdapat kanak-kanak yang hadir di lokasi kejadian itu.

Rupa-rupanya, peristiwa tersebut hnaya merupakan sebuah babak lakonan sahaja. Pengarah Fausto Ribeiro, dari persatuan Confluencias, mengatakan bahawa babak tersebut dibuat untuk meningkatan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual di kalangan wanita.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *