(VIDEO) PANAS, GURU MENGAMUK! Rakaman guru belasah murid dalam kelas macam nak membunuh.

Apabila datang salah seorang murid lain cuba meredakan keadaan, murid berkenaan pula ditolak ke arah penjuru kelas di bahagian depan, dan dipukul di bahagian perut beberapa kali oleh guru terbabit menggunakan tangan.

Guru itu yang nampaknya masih belum berpuas hati, menyambung semula tindakannya memukul dan membelasah murid pertama tadi. Kali ini dia turut menghayunkan lututnya ke arah perut murid terbabit.

Apabila murid itu cuba menghindarkan diri dari guru yang bertindak ganas itu, dia ditarik kembali sebelum mukanya pula dihentak menggunakan lutut.

Apa yang dapat didengar, murid berkenaan hanya menyebut perkataan seperti, “tahu ustaz,tahu ustaz, tahu ustaz,” berulang kali. Mungkin guru tersebut juga merupakan seorang ustaz (betul ke ustaz? Suara tak berapa jelas).

Kejadian berkenaan berterusan, sebelum murid terbabit terus dipukul dan berlari keluar dari kelas melalui pintu depan bilik darjah. Guru berkenaan terus mengejarnya.

Rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh salah seorang murid di dalam kelas yang sama, menjadi viral di media sosial.

Di bawah ini video yang dimaksudkan.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *