Video!! Geng kunyit naik Grabcar taknak bayar, berpeluk dalam kereta

“Aku nak ‘feed’ anak bini akulah, nak bagi makanan,” itu kata seorang pemandu GrabCar kepada sepasang dua orang remaja lelaki yang dikatakan enggan membayar tambang selepas tiba di destinasi.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON

Justeru pemandu tersebut menghubungi pihak pengurusan GrabCar untuk mengadu berkenaan perkara itu.

“Passenger macam ni kau orang jangan bagi naiklah, lagi dia buat benda haram dalam kereta tadi, peluk peluklah, apalah, ingat aku tak nampak ke, aku diam je sebab customer,” adunya kepada wanita pihak GrabCar di dalam talian.

Pemandu itu terus memaki hamun remaja tersebut yang dipercayai “geng kunyit” (gay) dan didakwa turut melakukan aksi haram berpelukan dalam kereta sepanjang perjalanan walaupun sama jantina.

Rakaman video yang dipercayai dirakam sendiri oleh pemandu tersebut tersebar di media sosial.

Difahamkan, pasangan remaja berkenaan menggunakan perkhidmatan GrabCar dari Wangsa Maju ke Klang. Namun apabila sudah sampai ke destinasi, mereka cuba lari dan enggan membayar tambang yang telah ditetapkan.

Apa yang menimbulkan kemarahan kepada pemandu pula ialah, apabila pasangan “kunyit” tersebut berpelukan sesama jantina di dalam keretanya sebelum itu.

Di bawah ini video rakaman tersebut.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *