Ustaz didakwa kerana menyuruh pelajar solat.

Ustaz didakwa kerana menyuruh pelajar solat.

Isu kes Cikgu Azizan telah pun selesai, Alhamdulillah. Namun ada satu lagi isu perlu doa dan sokongan semua.

Isu seorang Ustaz yang didakwa kerana suruh muridnya solat. Ya tuan puan, hanya kerana suruh anak murid solat seorang ustaz di reman 5 hari. 26 Disember 2017 ini akan jatuh hukum. Perlu bantuan sahabat-sahabat untuk tularkan dan sokong kes ini kerana seperti tuan puan maklum, bila sesuatu isu menjadi tular baru banyak pihak buka mata dan hulur sokongan dan bantuan.

Ustaz Adib Halim Yahaya, bertenanglah ustaz. Allah ada bersama kamu. Dan aku walau tidak pernah mengenalimu secara peribadi, aku memberi sokongan penuh.

Sedih kan?

Seorang ustaz cuba mendidik akhlak di reman dan dihadapkan ke mahkamah. Sepatutnya ibu bapa sokong penuh usaha ustaz dalam membentuk akhlak anak-anak. Tapi sebaliknya yang berlaku. Beginilah situasi semasa dunia pendidikan di negara kita. Yang memberi tunjuk ajar dengan ikhlas pula didakwa, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Realiti yang sangat menyedihkan. 😭😭😭Berikut adalah kronologi kes Ustaz Adib.

Kredit maklumat : Cikgu Rahman Usman

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *