[UPDATE] Petunjuk Terbaru : Pasukan penyelam polis yang ditugaskan mencari bahan bukti di tasik belakang pusat tahfiz menemui sesuatu yang sangat membantu siasatan.

Dua anggota polis mengawal seorang suspek yang dibawa ke lokasi kejadian bagi mendapatkan bahan bukti untuk melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga jam pencarian bahan bukti di Taman Tasik Datuk Keramat di sini, berkaitan kes kebakaran pusat tahfiz, pasukan penyelam polis menamatkan operasi kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam.

Menurut sumber, operasi ditamatkan selepas tidak menemui sebarang objek seperti pemutar skru yang boleh dikaitkan insiden itu.

“Keadaan air keruh menyukarkan pencarian, bagaimanapun, hasil siasatan hari ini (semalam) akan dihantar ke ibu pejabat untuk tindakan susulan,” katanya.

Tinjauan di lokasi mendapati, empat anggota penyelam menyelam ke dasar tasik, kira-kira 10 meter dari tebing tasik berkenaan.

Pasukan penyelam itu dikerahkan ke taman tasik, di belakang pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, sejak jam 10.30 pagi yang turut disertai pasukan penyiasat dan Unit Forensik.

Kenderaan yang membawa pasukan berkenaan meninggalkan taman tasik itu jam 2 petang.

Kelmarin, polis membawa ketujuh-tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun yang ditahan berkaitan kes kebakaran itu ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Pada Jumaat lalu, tempoh reman tujuh remaja itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. – Bernama

Kesatuan ibu bapa mangsa kebakaran tahfiz ditubuhkan

Sementara itu di Shah Alam, satu kesatuan terdiri daripada ibu bapa mangsa yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah,  Datuk Keramat akan ditubuhkan.

Pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood berkata, melalui cadangan itu, pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman, atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida akan dilantik sebagai penasihat.

“Kesatuan itu wajar ditubuhkan dengan harapan hubungan yang terjalin tidak putus begitu sahaja,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan oleh Vida kepada keluarga mangsa di Surau Ittifaqiyah, kelmarin.

Vida yang turut sebak berkongsi semangat dan motivasi  kepada ibu bapa mangsa.

Beliau dalam ucapannya mengakui sukar melupai peristiwa  sama menimpa anaknya beberapa tahun lalu.

“Walaupun nampak saya macam ni, tapi malam-malam memang saya tak boleh tidur. Sebagai ibu, kesedihan memang tak boleh nak hilang.

“Paling menyakitkan kematian orang yang disayangi dan saya telah laluinya,” katanya.

Pada pertemuan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa yang kehilangan dua dan tiga anak sekali gus, manakala selebihnya menerima bantuan RM3,000.

Menurutnya, urusan umrah 18 pelajar yang terselamat akan diusahakan secepat mungkin, sebelum 20 Oktober depan.

“Kita akan buat berperingkat, ibu bapa semua mangsa, Insya-ALLAH akan dibawa  bersama,” katanya.

Dalam kejadian 14 September lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru maut, susulan itu polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 11 hingga 18 tahun untuk siasatan.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *