Tindakan Lancar Tabung Harapan Di Sekolah

Tindakan Lancar Tabung Harapan Di Sekolah

Netizens Persoalkan Tindakan Lancar Tabung Harapan Di Sekolah.

“Aku harap sangat ini fake news. Gila menda sampai sekolah lancar tabung,” demikian kenyataan yang ditulis oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Firdaus Samad.

Firdaus dilihat berkongsikan surat sekolah yang dibayangkan sepatutnya diedarkan kepada ibu bapa Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2, Selangor.

Surat itu bertujuan untuk memaklumkan program dan aktiviti sekolah bagi bulan Julai dan Ogos.

Dan antara aktiviti yang dipaparkan dalam jadual itu ialah Pelancaran Tabung Harapan Negara yang disasarkan ke atas murid tahap 1 dan 2 bagi menerapkan amalan : Sayangi Negara.

“Semua murid digalakkan memberi sumbangan ikhlas kepada Tabung Negara,” pula adalah kenyataan yang terpapar menerusi kolum catatan.

Komen-komen netizens di post itu bagaimanapun rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan pihak sekolah itu dan mahu Kementerian Pendidikan memberikan respon segera samada ia adalah surat tulen ataupun fitnah yang disebarkan oleh pihak tertentu. – 10 Julai 2018.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *