Tiada Kaitan Antara Arak dan Jenayah – Syed Jaymal Zahiid

Kuala Lumpur: Tidak ada data yang mencukupi untuk menyokong pendapat yang mengatakan bahawa pesta arak bakal menyaksikan mereka yang terlibat melakukan hubungan seks rambang secara terbuka dan melakukan jenayah. Malah sehingga sekarang tiada sebarang jenayah atau masalah kesihatan yang membabitkan pesta-pesta arak yang lepas.

Pandangan tersebut dinukilkan oleh Syed Jaymal Zahiid dalam satu artikel yang bertajuk “Drinking And Social Decadence: Separating Facts From Myth” di Malay Mail Online sambil mendakwa berdasarkan capaian daripada komen-komen di media sosial terhadap bantahan kepada pesta arak baru-baru ini timbul daripada salah faham bahawa ianya bakal menjadi tidak terkawal dan bakal diadakan dikawasan Muslim secara terbuka. Jesteru ianya menggalakan segala macam perbuatan sumbang dan perbuatan jenayah sebenarnya timbul daripada sebuah salah faham.

“This has led to the belief that the festival would be one of debauchery where people will be having sex freely or engage in criminal activities. But there is little data to support the view. Up to now, no crime or health-related cases linked to previous festivals have been reported to date.” Penulis tersebut menambah lagi, walaupun tidak ramai yang minum arak di Malaysia seperti keputusan kajian yang pernah dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO), namun negara kita mempunyai antara kadar jenayah yang tertinggi di dunia berdasarkan sebuah kajian persepsi jenayah atas talian seperti Numbeo dan Nationmaster.

“Yet Malaysia has one of the highest crime rates in the world, sitting in the top 20 list of online crime rate perception surveys like Numbeo and Nationmaster compared to countries with liberal drinking cultures like Singapore, South Korea, Japan or Germany.” Singapura dan Jepun juga sering mengadakan pesta arak yang ditentang ‘pembela-pembela’ agama. Namun berdasarkan kepada pelbagai kajian (yang tidak dinamakan penulis) kedua-dua negara ini adalah antara dua negara paling selamat di dunia. “Sesetengah daripada masyarakat Jepun juga tidak religi namun jenayah dan penyakit sosial jarang muncul di sana.”

Namun negara beragama (religious country) seperti Pakistan mempunyai kadar jenayah rogol tertinggi. “On the contrary, a religious country like Pakistan has one of the highest rape cases in the world, averaging at 28.8 per 100,000 people, according to a report published earlier this year.” Syed Jaymal Zahiid kemudiaan mengambil contoh negeri Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PAS, parti yang dinamakan beliau sebagai membantah keras pesta arak yang tidak dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Tulis beliau, Kelantan adalah diantara empat negeri yang mempunyai kadar jenayah rogol yang keempat tertinggi dan kadar jangkitan HIV meningkat daripada tahun lepas berdasarkan sebuah kajian yang dikeluarkan (juga tidak dinyatakan sumbernya). Terengganu pula terkenal dengan carian porno tertinggi di Malaysia selepas Kedah dan Kelantan. Malah Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri dengan carian pelakon filem lucah, Maria Ozawa tertinggi ketika pelakon lucah tersebut melawat Malaysia pada Mei lepas seperti yang dikumpulkan oleh ‘seorang bekas wartawan’. Menurut Syed Jaymal lagi, edisi kelima pesta arak tersebut sepatutnya diadakan di Publika, yang terletak dalam Dutamas, sebuah kawasan kelas atasan yang mewah dan cosmopolitan yang terkenal budaya bar dan restoran-restoran yang menghidangkan arak.

Isu sama ada ianya diadakan berdekatan dengan orang-orang Islam tidak timbul kerana mereka sepatutnya tidak berada di sana! “Mybeer (M) Sdn Bhd, the company behind the event, in response to the ban said the planned event met all the necessary requirements. Among them was that the fifth Better Beer Festival would have been held close to the bars and pubs in the complex, so there wouldn’ have been any issue about the event’s proximity to Muslims since they are not supposed to be there in the first place.”

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *