Tangkap Dr Mahahtir, tumbuk dia biar hilang gigi

Tangkap Dr Mahahtir, tumbuk dia biar hilang gigi

Datuk Seri Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP), mahu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ditangkap kerana mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan bekas perdana menteri itu jelas menyalahi undang-undang bekas Perdana Menteri, lapor KiniTV.

Susulan kenyataan Ramesh itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin Malaysia Ramesh Rao kerana mengugut mencederakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khairuddin membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin Malaysia (PMSP) Ramesh Rao di Balai Polis Sri Hartamas berhubung dakwaannya itu.

“Ramesh mengugut dengan niat mencederakan Dr Mahathir dengan beliau mengatakan ‘tangkap Dr Mahathir, tumbuk dia biar hilang gigi’.

“Ini merupakan satu ugutan dengan niat secara sengaja untuk mencederakan bekas perdana menteri Malaysia yang bercanggah dengan undang-undang negara ini,” kata Khairuddin dalam laporannya.

Beliau merujuk satu berita di laman Malaysian Review yang memetik rakaman video laporan polis oleh Ramesh.

Dalam video tersebut, Ramesh pada satu peringkat merujuk Dr Mahathir sebagai “anjing” dan katanya, laporan polis itu dibuat agar Dr Mahathir merasa pengalaman diseksa dalam lokap kerana cuba menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Biar kena pukul macam saya kena pukul, sampai gigi semua hilang,” Ramesh dirakam berkata demikian lapor The Malaysian Insider.

Dikemaskini 5 Jun, 2018: Ramesh mungkin berang kerana Khairuddin memetik laporan Malaysian Review tidak lama kemudian telah membuat laporan polis menuduh Malaysian Review menyiar video fitnah: “Muhyiddin dakwa ada bukti salahlaku Najib dari Gani Patail.”

Perkara ini dimaklumkan oleh pegawai penyiasat [IO] kepada kami selepas beliau membacakan kenyataan beramaran.

Kami disiasat atas kesalahan fitnah jenayah dan berdepan hukuman penjara 2 tahun – bukankah ini taktik mengena dan memperdaya agar polis menyalahgunakan kuasa mereka terhadap orang awam?

Bukankah IGP Khalid pada tahun itu telah memaklumkan bahawa laporan politik tidak dibenarkan?

Bukankah sepatutnya dakwaan Muhyidin itulah yang dilapor dan disiasat seperti sekarang.

Kini orang seperti Ramesh, Ali Tinju sudah senyap kecuali Jamal yang paling berani bersembunyi diladang kelapa sawit.

“Ada ubi ada batas”, bak kata Prof Dr Kamarul Zaman Yusof.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *