Sultan Selangor tarik tauliah Zamihan, arah pantau ceramah agama

Tauliah Zamihan ditarikh balik lanjutan daripada ceramah agama yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan melampau.

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bersetuju agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin.
Dengan ini, Zamihan, yang juga pegawai kader dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), tidak boleh lagi mengajar agama di Selangor, atau berdepan hukuman denda RM3,000 atau penjara 2 tahun jika berbuat demikian.
“Tindakan ini lanjutan daripada ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan bin Mat Zin yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja,” kata Sultan Selangor dalam kenyataan hari ini.
Keahlian Zamihan dalam jawatankuasa tauliah, yang menapis penceramah agama di Selangor juga dibatalkan.
Sultan Sharafuddin juga mengarahkan semua ceramah dan kuliah di masjid dan surau di Selangor dirakamkan secara video bagi tujuan rekod dan pemantauan, dan penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah tidak dipancarkan ke luar kawasan masjid atau surau, berikutan daripada ceramah itu.
“Ini adalah bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,” kata Sultan Selangor.

Majlis Raja-raja Melayu mengecam “tindakan yang bersifat keterlaluan”, susulan kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” baru-baru ini.
Raja-raja Melayu berkata tindakan itu boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai agama dan kaum, dan membawa implikasi yang lebih mendalam sekiranya sesuatu tindakan itu bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.
“Imej Islam sebagai agama yang mengalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterluan dan memisahkan rakyat,” kata raja-raja Melayu melalui kenyataan 10 Oktober lalu.
Zamihan, bagaimanapun, mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi di Muar menghentikan dasar itu, dan menganggap orang bukan Islam tidak bersih.
Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam kuliah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada 8 Oktober.
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.
“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya. Beliau kemudian ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan sebelum dibebaskan Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan yang keras, Sultan Johor berkata Zamihan seorang “tin kosong” dan angkuh, serta melarang Jabatan Aagama Islam Johor daripada berurusan dengan Jakim.

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *