Sultan Johor haramkan, Mufti Menk & Ustaz Haslin jejak Johor demi menjaga sensiviti

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata ia adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dikeluarkan hari ini.

[1] “Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, [2] bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Singapura mengharamkan dua pendakwah berkenaan memasuki republik itu berikutan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

Kementerian Dalam Negeri Singapura, dalam satu kenyataan, [3] menyatakan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

[4] Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

Isnin lalu, Kementerian Dalam Negeri Singapura dilaporkan menolak permohonan Mufti Menk dan Haslin untuk menyampaikan ceramah di satu pelayaran kapal bertemakan agama yang akan berlepas dan berlabuh di Singapura dari 25 hingga 29 November.

Ia berkata mereka mempunyai pandangan yang boleh menimbulkan sikap tidak bertoleransi, amalan penyisihan yang boleh merosakkan keharmonian sosial dan menyebabkan masyarakat renggang.

Mufti Menk mengundang kontroversi di Singapura selepas melarang umat Islam mengucapkan “Merry Christmas” dan “Happy Deepavali”.

Beliau kerap datang ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan pernah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini.

Haslin pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyimpang.

Dalam kenyataan mempertahankan Mufti Menk, sekumpulan agamawan di Zimbabwe menafikan beliau menggalakkan perpecahan kaum, sebaliknya berkata Mufti Menk mengajak umat Islam menyampaikan ucapan neutral seperti “Happy Holidays”, “Seasons Greetings” and “Have a Good Day”, daripada “Merry Christmas”.

“Kami ingin tegaskan beliau tidak pernah mengatakan ia ‘berdosa’ untuk memberi ucapan kepada orang lain pada perayaan mereka. Beliau mengajar setiap orang mempunyai hak sama untuk meraikan perayaan mereka, tanpa sebarang ketakutan atau sekatan,” kata Presiden Majlis Ulama Zimbabwe, Shaikh Umar Phiri.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Putrajaya membenarkan 2 penceramah itu berceramah di Malaysia.

“Setakat kedua-dua tokoh itu berada di Malaysia, mereka tidak pernah melakukan sebarang pelanggaran terhadap pemahaman, kepelbagaian budaya dan juga aspek yang menyebabkan berlakunya ketegangan sosial dan perselisihan antara kaum.”

Sumber : BeritaHarian

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *