Sesat selepas pasang bendera parti di Bukit Batu Caves.

DUA puluh lelaki yang mendaki bukit Batu Caves untuk meletakkan bendera parti politik di puncak bukit berkenaan tidak menemui jalan turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat ketika cuba menuruni bukit berkenaan petang semalam, sebelum hari gelap.

“Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan lampu kehabisan bateri.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ali berkata, semua mangsa berjaya dibawa oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong 12.30 tengah malam tadi sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 malam.

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika dibawa turun,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa diberikan makanan ringan dan air selain melakukan pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di pusat operasi di kaki bukit berkenaan.

Kalbana Perimbanayagam
cnews@nstp.com.my

=====================

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI,CEPAT DAN MESRA.

15.4.2018
K/KHAS MANGSA TERKANDAS DI ATAS BUKIT BATU CAVES

LOKASI: LORONG CEMPAKA TAMAN BOLTON BATU CAVES
T/PANGGILAN: 2201
LAPORAN: SERAMAI 20 ORANG PENDAKI YANG TERKANDAS DI PUNCAK BUKIT BERJAYA DI BAWA TURUN DENGAN SELAMAT.
SEORANG ANGGOTA BOMBA YANG MENGALAMI KECEDERAAN DI BAHAGIAN TANGAN DI HANTAR KE HOSPITAL UNTUK TINDAKAN LANJUT.

operasi dibantu pasukan Bomba Sukarela Kepong Selangor,Pasukan Bomba Sukarela Gombak.pasukan bomba sukarela serdan.MMr Ambulan dan pihak polis.
Hadir bersama di lokasi tuan haikal dari operasi ibu pejabat.

SEKIAN, TERIMA KASIH

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *