Seman Bomoh Patah 2 minit

Alkesah cerita semalam. Tak tahan sangat sbb sakit di bahagian kiri punggung..akak pun ajakla anak pi la cari tok bomoh patah yg bernama Seman. Sebelum tu akak dah pi rumahnye tu bawa anak yg ada masaalah slip disk sbb terjatuh masa main futsal di kolejnya. Namun lupa pula laluan.

Kali ni cari punya cari jumpa lah rumah pak cik ni..akak cerita lah sikit sebanyak asal usul kenapa jadi sakit. Bermula dgn jatuh semasa tarik dahan kayu dan tebang pokok dsbnya. Pak cik Seman pun suruh duduk dengan belakang di hadapannya.

Dia pun tekan-tekan lah bgian tulang belakang akak. Ada berlapik baju ye. Hairan juga punggung yg sakit tp belakang yg di tekannya. Terjumpa lah olehnya tulang belakang akak ni yg terkehel sikit dari landasannya. Allahhuakbar..

Pakcik Seman dgn jari-jarinya yg gagah tu pun berusahalah betulkan yg terselioh tu. Kiranya sakit jugak la. Tp tak sampai 2 minit dia cakap dah ok.

Eh..biar betul..dia kata In Syaa Allah akan puleh…so hari ni rasa tahan la sikit sakit-sakit tu dan jika rukuk solat pun tak la perit sgt. Mohon Allah sembuhkan sepenuhnya.

Oya..untuk kekawan yg kebetulan ada masaalah dan nak cuba…ini laluan ke rumahnya. Dari KB ke Pasir Mas cari jalan untuk ke Tanah Merah. Kira-kira 1 km terjumpa jejantas sek Tengku Panglima Raja PM.

Lepas jejantas tu belok ke kanan. Teruskan dan cari jambatan kecik 2 laluan. Belok ke kiri dan ke kiri. Teruskan sehingga jumpa pokok-pokok getah dan ada sign board kecik ditepi jln. Nama kg tu..kg Kekabu.

Masuk jalan ke kanan dan tanya lah org2 di sekitarnya kat mana rumah tok bomoh patah Seman. Ada juga papan tanda kecik di tepi jalan. In Syaa Allah jumpa.

Alhamdulillah..anak yg slip disk hari tu dah eluk dah…

Sumber: Zainum Noh

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *