Papagomo lunaskan hampir RM1 juta kepada Anwar Ibrahim


BLOGGER Papagomo yang kalah saman fitnah difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 4 tahun lalu berjaya lunaskan hampir RM1 juta bayaran yang diarahkan oleh mahkamah terhadapnya.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, terselamat daripada diisytiharkan muflis oleh mahkamah selepas membayar sebanyak RM951,260.27 kepada Anwar.

Bayaran itu dibuat melalui bank draft sebanyak RM950,000, beserta wang tunai dalam bentuk note RM1 sebanyak RM1,260 dan tiga keping syiling 10 sen.

papagomo

Papagomo dilapor menggelarkan bayaran itu sebagai saman fitnah paling besar dibayar dalam negara ini.

loading...

Papagomo, melalui Facebook miliknya mendakwa sengaja menyedekahkan lebihan 3 sen kepada peguam Anwar, Latheefa Koya supaya boleh digunakan oleh peguam itu untuk membeli tongkat baru.

Pada 2013, Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah ke atas papagomo kerana memaparkan beberapa imej lucah mengatakan ia adalah gambar Anwar Ibrahim.

Setahun kemudian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan papagomo bersalah memfitnah Anwar dan mengarahkan dia membayar gantirugi sebanyak RM800 ribu.

Selepas melalui beberapa peringkat perundangan termasuk rayuan dan sebagainya, nilai bayaran itu telah meningkat kepada RM950,260.27 yang dibayar olehnya hari ini.


Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Mohamad Azri Wan Deris

*** Banyaknya duit dia!

 

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *