PANAS TELINGA!! Setelah tuntut RM8 juta daripada ibu murid, ini pula tindakan mengejutkan Ust Kazim pada Wardina yang korang tak sanggup baca. Wardina Sanggup ke tunaikan benda ni?

Masihkah Anda Ingat Wardina pernah membuat dakwaan berkenaan menerusi sebuah status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Menurut surat tuntutan berkeenan yang bertarikh 18 November, Kazim mendakwa coretan Wardina di Facebook itu pada 2 Ogos lepas memfitnah dirinya, maahad tahfiz miliknya dan menjejaskan reputasi kedua-duanya.

Meskipun Wardina tidak menyebut nama Kazim dan nama maahad tahfiz miliknya, namun jelas didalam status Wardina yang beliau seakan menunding jari terhadap Kazim.

Sebelum ini, Ustaz Kazim menafikan wujud pencabulan seks terhadap pelajar pusat pendidikannya seperti tersebar di media-media sosial.

Pada 24 Ogos, polis mengesahkan aduan mengenai dakwaan pencabulan seks di situ dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.

Ustaz Kazim juga telah membuat tuntutan RM8 juta kepada ibu murid yang didakwa menfitnah beliau berhubung isu pencabulan seks terhadap anaknya yang belajar di maahad tahfiz.

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Selepas tuntutan RM8 juta kepada ibu murid yang didakwa memfitnahnya, Datuk Kazim Elias menghantar pula surat tuntutan kepada dua individu lain.

Peguam pendakwah popular itu Mohd Firdaus Mohamood berkata tuntutan itu ditujukan kepada bekas pengacara Wardina Safiyyah dan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi.

Kedua-duanya didakwa menyebar tuduhan pencabulan seks di sekolah tahfiz milik Kazim di Ipoh melalui laman Facebook masing-masing.

“Surat tuntutan yang dihantar kepada individu-individu berkenaan berbeza-beza antara satu sama lain. Surat tuntutan itu mempunyai akibat dan terma berlainan.

“Umumnya, kerana mereka membuat [tuduhan] berkenaan viral tanpa siasatan daripada sumber dan [berdasarkan] fakta,” katanya kepada Malay Mail Online hari ini.

ProjekMMO melaporkan Kazim menuntut RM8 juta daripada wanita itu, yang didakwa menfitnah beliau berhubung isu salah seks terhadap anaknya yang belajar di situ, Ogos lalu.

Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah juga menuntut wanita tersebut memohon maaf secara terbuka di akhbar dan laman sosial Facebook.

Tuntutan itu mestilah dibuat dalam tempoh tujuh hari mulai tarikh serahan surat tersebut, Isnin lalu.

Menurut surat tuntutan itu, bertarikh 18 November, Kazim mendakwa coretan wanita itu pada 2 Ogos lepas memfitnah dirinya, pusat tahfiz miliknya dan menjejaskan reputasi kedua-duanya.

Walau wanita itu tidak menyebut namanya dan sekolahnya tetapi bahagian ulasan pembaca di coretan Facebook itu menyatakan dengan jelas, kata Kazim lagi.

Akibatnya, menurut surat tuntutan itu lagi, Kazim dituduh seorang pedofil yang menggunakan sekolah untuk menarik pelajar dan mencabul mereka.

Wardina dan Syed Azmi pula didakwa membantu menyebarkan dakwaan wanita tersebut.

Hujung Ogos lalu, Kazim menafikan wujud pencabulan seks terhadap pelajar pusat pendidikannya seperti tersebar di media-media sosial.

Pada 24 Ogos, polis mengesahkan aduan mengenai dakwaan pencabulan seks di situ dan mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.

Kes tersebut disiasat menurut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak di bawah 14 tahun untuk melakukan kelucahan melampau.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE & Beautifulnara

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *