Misteri Bau Busuk Disangka Mayat di Pantai Paka, Setelah Digali Ini Yang Terjadi

Dungun: Penduduk berhampiran Pantai Cacar, Paka, Dungun, Terengganu diselubungi misteri apabila terganggu dengan bau busuk dari arah pantai berkenaan.


Bau busuk itu seakan-akan bau mayat manusia. Penduduk, Muhamad Noor Hafiz Che Musa, 22, berkata ketika berada di kedai makan milik ibunya, Rohaya Omar, 53, tidak jauh dari kawasan pantai itu, jam 3.30 petang, beliau dan beberapa pelanggan terhidu bau busuk.

bau busuk
“Bau itu membuatkan pelanggan tidak boleh makan. Saya kemudian turun ke arah pantai dan mencari punca bau busuk itu sebelum terjumpa sebuah lubang yang dihurung lalat.

“Saya bersama seorang penduduk cuba menggali lubang terbabit, namun gagal menemui apa-apa dan kemudian menghubungi Balai Polis Paka.

“Kami bimbang ia ada kaitan dengan beberapa kes nelayan hilang di Kuala Dungun yang masih belum ditemui,” katanya.
Polis terpaksa menggunakan bantuan sebuah jengkaut untuk menggali lubang dan mengesan bau terbabit di beberapa lokasi.
Sehingga jam 7 malam ini(11 Septermber 2017) kita tidak menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan sebagai punca bau. Operasi sudah dihentikan dan akan disambung semula pagi esok(12 September 2017).
bau busuk di dungun
Misteri bau busuk ini belum lagi terjawab. Diharap hari ini 12 September 2017 pihak yang terlibat dalam misi menyiasat perkara ini dapat menemui jawapannya. Moga-moga ianya bukan mayat manusia yang ditanam di kawasan pantai itu. Supaya ada pihak yang “bertanggungjawab” yang menyebabkan bau busuk itu tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *