Menteri kanan letak jawatan tak mahu subahat skandal 1MDB

   

DALAM satu ‘tweet’ terbaru Menteri Besar Selangor, Dato’ Mohamed Azmin Ali, beliau mempersoalkan siapakah menteri kanan yang telah meletak jawatan kerana enggan bersubahat dengan 1MDB.

“Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan.” tulis beliau.

Tweet tersebut turut dipetik oleh portal berita tempatan. Pertanyaan wartawan kepada beberapa orang menteri-menteri kerajaan, kesemua mereka nampaknya tidak tahu tentang berita itu.

Maklumat yang aku terima pula sedikit berlainan daripada apa yang ditulis oleh MB Selangor ini. Aku dapat maklumat, akan ada menteri kanan bakal ditahan dan disiasat oleh SPRM berhubung salah laku rasuah.

SPRM dikatakan sudah lama mengekori menteri kanan terbabit dan melengkapkan bukti bagi menahan beliau berhubung salah laku rasuah. Nama beliau juga ada diberitahu kepada aku, tapi aku tak nak sebutkan.

Adakah menteri kanan tersebut sedar bahawa dirinya bakal ditahan oleh SPRM, oleh itu beliau mengambil langkah pantas untuk meletakkan jawatan sambil memberikan alasan kononnya tidak mahu bersubahat dengan 1MDB?

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/menteri-kanan-letak-jawatan-tak-mahu.html#ixzz4YI512dEI

loading...
TwitterFacebookGoogle+Share

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *