Masjid Taknak Urus Jenazah Kassim Ahmad? Ini Penjelasan Dari Anak Angkat Arwah!

Tiada isu Unit Amal PAS tolong kebumikan arwah. Keluarga arwah membayar rm1,500 untuk proses menguruskan pengebumiannya, itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh anak didik yang juga dianggap sebagai anak angkat kepada tokoh sasterawan terkenal, Kassim Ahmad.

“Saya dan keluarga agak rapat dengan arwah dan keluarga arwah. Ayah saya yang bantu keluarga arwah uruskan soal pengebumian. Apa yang dicerita tu tak lebih macam plot untuk raih undi, konon PAS dah terbuka. Hakikatnya, itu perbuatan yang paling munafiq. Menangguk di air keruh. Tiada isu konon PAS Amal bantu tolong kebumi. Keluarga arwah terpaksa bayar RM1500 (diminta oleh orang tertentu yan katanya AJK Masjid) untuk uruskan pengebumian,” katanya ketika dihubungi oleh wakil kami yang bertanyakan penjelasan lanjut berikutan penyebaran isu ini di sosial media.

Beliau turut menulis perihal penyebaran cerita berkenaan di akaun facebook miliknya bagi memberikan pencerahan kepada orang ramai.


“Dalam kes ini, keluarga arwah telah membayar sejumlah wang tertentu kepada seseorang agar kesemua urusan berkaitan pengebumian dapat berjalan dengan lancar.

Terserahlah kepada individu (yang terima wang pembayaran) tersebut untuk mengupah Ahmad ke, Jusoh ke, Mat Deris ke untuk menjalankan tugas mereka walaupun ianya dari UMNO, PKR mahupun PPBM sekalipun! Oleh itu, apa yang didakwa dalam penyebaran gambar-gambar tersebut adalah karut dan tidak benar,” katanya di post berkenaan.

Malahan cerita seorang paderi yang kononnya mahu menguruskan pengebumian jenazah Kassim Ahmad juga merupakan cerita fitnah.


“Paderi Tan Sri Emeritus Joseph Murphy Pakiam datang dari Kuala Lumpur untuk memberikan penghormatan terakhir pada kawan baiknya, (Kassim Ahmad) dan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mahu menguruskan jenazah arwah di perkuburan kristian seperti yang disebarkan oleh sesetengah pihak,” katanya lagi. 

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *