Machai jatuhkan kain rentang program Tun Mahathir

Machai jatuhkan kain rentang program Tun Mahathir

SUDAH masuk tahun 2018 hampir ke tahun 2020, masih ada lagi “machai-machai” bahalol suka jatuhkan banner (kain rentang) untuk sabotaj program Pakatan Harapan (PH).

banner kena sabotaj

Petugas PH Ayer Hitam, Johor ketika membuat pemantauan mendapati kain rentang pemberitahuan program Bicara Pakatan Harapan bersama Tun Mahathir hari Ahad ini telah dijatuhkan dan dibuang ke dalam longkang.

Pemantauan kain rentang tersebut pada malam sebelum itu mendapati ia masih tergantung dengan elok.

Menurut petugas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 30 beliau percaya ini satu tindakan terdesak pihak tertentu kerana tidak mahu penduduk Ayer Hitam hadir bertemu dengan Tun Mahathir hari Ahad ini.

“Mereka takut dengan kehadiran Tun Mahathir, mereka takut rakyat Ayer Hitam bertemu dan mendengar sendiri penjelasan dari mulut Tun Mahathir berhubung rasuah dan penyelewengan pemimpin negara terutama isu 1MDB,”

“Mereka nak berhujah dan berdialog tak berani, jadi mereka suruh machai-machai untuk sabotaj program kita,” katanya.

Katanya lagi, kain rentang program BN yang digantung sekian lama di lokasi berhampiran, sampai lusuh pun tak ada orang yang dengki.

Banner Umno

“Cuba tengok banner program Barisan Nasional (BN), sudah lama digantung dah nak lusuh tak ada pun siapa kisah nak dengki nak sabotaj bagai,” katanya.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *