Live : Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

Live : Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

Kapal layar mewah Equanimity tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang psebentar tadi.

Malaysiakini difahamkan pasukan khas dari Pejabat Peguam Negara kemudiannya akan melakukan pemeriksaan.

Kapal tersebut berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam.

Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB.

Buat ketika ini, pihak media juga tidak benarkan berada berdekatan kapal berkenaan dan hanya dibenarkan merakamkan gambar atau video dari jarak jauh.

Kapal yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan siasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *