Lelaki ditemui mati ditetak di Pengkalan Nyireh, Besut (10 Gambar)

 

BESUT – Seorang lelaki ditemui mati ditetak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 5.15 petang, mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden  Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum mayat mangsa ditemui polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu pergaduhan berhampiran tapak pasar Tani  Pangkalan Nyireh.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak.

“Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam.

“Motif kejadian belum dikenalpasti dan butir butir mangsa belum diperolehi. Mayat mangsa dihantar oleh  ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd  Zamri berkata lagi, polis sedang giat melancarkan gerakan mengesan suspek.

loading...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *